![]() |
Pejuang Syria sedang solat di Salehedine, Aleppo. Gambar diambil 5 hari yang lalu. |
Tahukah anda bahawasanya orang yg tidak solat
adalah lebih teruk dan jahat daripada Iblis?
Hah!!Jangan cepat melenting..baca dulu baru fikir..
Iblis sewaktu di Syurga dahulu sangat taat
beribadat kepada Allah SWT selama 80 ribu tahun lamanya sehinggakan semua para
Malaikat berbangga dengan Iblis malah Allah SWT mengangkat darjat Iblis menjadi
ketua semua para malaikat..hebat bukan..Kini Allah SWT meletakkan darjat Iblis ini kedudukan paling
hina kerana satu perkara..Enggan sujud kepada Nabi Adam as.. kini manusia
diperintahkan utk sujud kepada Allah SWT sebanyak 5 kali sehari semalam tapi
masih ada yang ingkar dan enggan. Allah SWT memerintahkan iblis sujud kepada
Nabi Adam hanya sekali suruhan sahaja
tetapi Iblis ingkar dan terus dilaknat oleh Allah SWT..Bayangkan bagaimana
pula manusia yg ingkar untuk sujud kpd Allah? Owh betapa murkanya Allah
SWT..nauzubillah...
Hukum
meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh
syarak adalah haram dan berdosa besar.
Pelaku
wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur
ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut.
Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang
Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya
dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)
Nabi
shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara
seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan
solat". (HR Muslim)
Diterangkan
oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau
mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar
dari Islam. (ijma' ulamak Islam).
Jika
dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan
kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan
bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan
disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu
hukuman yang mesti dijalankan.
Segolongan
ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang
meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.
Abu
Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak
dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia
kembali mengerjakan solat.
Oleh itu kerjakanlah solat dan semoga kita semua khusyuk dalam solat.
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/05/hukum-meninggalkan-solat-fardu.html
http://daarulmuaqaamah.blogspot.com/2010/07/tahukah-kamu-perihal-org-yg-tidak-solat.html
No comments:
Post a Comment