Lebihkurang 150 orang syahid di Syria pada 10 Ogos 2012, sebahagian
besarnya di Aleppo dan Idlib. Hampir semua kawasan yang dikuasai semula oleh
tentera Assad sebelum ini, jatuh semula
ke tangan pejuang kebebasan Syria (FSA), Alhamdulillah. Serangan balas oleh kumpulan
pejuang di Salah Eddin di dalam Aleppo ternyata membuahkan hasil namun ramai
pejuang yang gugur dalam usaha tersebut. FSA juga berjaya merampas senjata
dalam kuantiti yang besar. Ini amat bermakna bagi FSA kerana sebelum ini
beberapa negara yang berjanji mahu membekalkan senjata namun satu pun tidak diterima
oleh mereka. Ia cumalah janji-janji kosong. FSA akan terus berjuang untuk
menegakkan kalimah Allah di bumi Syria dan melindngi rakyat awam walau dengan
apa keadaan sekalipun dari serangan-serangan Assad di Aleppo, Damascus, Deir Ezzor, Homs, Hama,
Idlib dan Daraa.
Sementara itu tentera Assad terus menjatuhkan bom-bom pada kawasan penduduk awam termasuklah sekolah sementara mereka juga akan membunuh wanita dan kanak-kanak dari jarak dekat jika ada peluang. Penunjuk perasaan secara aman juga tidak terlepas. Mereka juga akan di bunuh.
Penunjuk perasaan secara aman menentang tindakan Assad telah
dibunuh di Aleppo pada 10 Ogos 2012. Assad tidak membenarkan langsung
penentangan terhadapnya walaupun dalam keadaan yang aman dan mereka tidak
mempunyai apa-apa senjata.
Pasukan Pejuang Kebebasan Syria (FSA) mencipta sendiri remote control meriam homemade dalam usaha menentang tentera Assad. FSA sudah penat menunggu senjata-senjata yang dijanjikan oleh beberapa negara seperti Arab Saudi. Tentera Assad mempunyai semua peralatan yang canggih termasuk jet-jet pejuang dan helikopter. Tetapi FSA hanya berjuang dengan senapang dan peluru mortal dan beberapa senjata ringan yang lain. Walaupun begitu, mereka masih mampu memberi tentangan yang hebat pada tentera Assad. Allahu Akbar.
No comments:
Post a Comment