Adakah pertempuran di Syria yang berlaku sejak tahun 2011
hingga sekarang ada perkaitan dengan hadis Rasulullah saw mengenai tanda awal
kiamat?
Berikut maksud hadis tersebut:-
Berkata Abu Daud telah menceritakan kepada kami Hisyam bin
Ammar, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Hamzah, telah menceritakan
kepada kami Abu Jabir, telah menceritakan kepada kami Zaid bin Arta', aku
mendengar Jubair bin Nufair, dari Abu Farda', bahawasanya Rasulullah saw
bersabda, "Sesungguhnya lemahnya kaum muslimin ketika berkecamuknya
pertempuran berada di Al-Qatrah di dekat sebuah bandar bernama Damsyik
(Damascus) yang merupakan bandar terbaik di Syam (Syria)."
Ahmad berkata, telah menceritakan kepada kami Waqi', dari
Nuhas bin Fahm, telah menceritakan kepadaku Syadad bin Ammar, dari Muaz bin
Jabal, dia berkata Rasulullah saw bersabda, "Enam di antara tanda kiamat,
kematian ku, penaklukkan Baitul Maqdis, kematian berlaku kepada manusia bagaikan
bulu kambing yang gugur, fitnah yang masuk kesetiap rumah orang Islam, seorang
di beri 1,000 dinar dan masih tidak merasa puas, dan bangsa Rom (Eropah) akan
berkhianat lalu mereka datang dengan 80 panji,pada setiap panji 12,000
tentera"
Kedudukan Al-Qatrah dan kejadian pertempuran, telah diberi
tahu oleh Rasulullah saw 1,4000 tahun yang lalu dan sekarang kita
menyaksikannya. Al-Qatrah berada antara Damascus, Homs, Hamah dan paling hampir
dengan Allepo di Syria seperti peta di atas (Tanda merah adalah Al-Qatrah)
Hadis ini di petik dari Kitab "Malapetaka Bakal Menimpa
Menjelang Kiamat" iaitu kumpulan hadis-hadis Rasulullah saw mengenai
kejadian akhir zaman yang karangan Abul Fidaa' bin Katsir Al-Quraisy (Ibnu
Katsir - Lahir pada 702 Hijrah dan wafat tahun 774 Hijrah) terjemahan oleh Taat
Amrullah dan Harun ArRasyid Hj Tuskan. - di muka surat 90-91 cetakan Darul
Fajr.
Lagi hadis berkaitan pergolakan Syria (Syam), berbunyi
“Kalau fitnah Palestin sudah bergelojak, maka negara Syam (Syria) akan
bergelojak seperti bergelojaknya air di dalam bejana dan kemudiaannya
hilang..sedangkan pada waktu itu jumlah kalian masih sedikit dan hanya dapat
mengeluh, kerana banyak di antara kalian yang sudah terbunuh, baik ditangan
musuh atau disebabkan oleh sesama sendiri."
Sehingga sekarang aku masih was-was apakah hadis yang
diceritakan oleh Rasulullah saw itu, adalah kejadian yang sedang berlaku
sekarang.
Jika ia benar seperti itu, maka akan timbul lagi persoalan
apakah Nabi Isa as semakin hampir akan diturunkan dan akhir Mahdi as akan
muncul?
Kepada siapakah aku perlu menadah kitab untuk mengetahui
secara lebih terperinci mengenai peristiwa akhir zaman ini, disamping
memastikan terelak dari lembah kefanatikan serta kesesatan ... setelah kitab
Ibnu Katsir belum cukup untuk menghilangkan dahagaku mengenai perkara itu.
Aku telah meneliti klip video ini dalam usaha mencari gali
sumber agama samawi selain hadis Rasulullah saw mengenai peristiwa akhir zaman,
walaupun masih tidak mempercayai keseluruhan isi kandungannya, sekurang-kurangnya
dalam membuka sedikit minda ke arah menyediakan diri menghadapi peristiwa yang
mungkin akan berlaku didepan mataku tanpa terlalu terperanjat, kerana
rupa-rupanya ianya telah dijelaskan oleh Rasulullah saw sejak 1,400 tahun yang
lalu dan begitu juga oleh kitab agama Samawi walaupun sebahagian besar telah
diseleweng oleh tangan manusia.
Boleh percaya boleh tidak.... teruslah mengkaji
Dengar juga ucapan Mufti Besar Syria, Dr. Ahmad Badreddin
Hassoun di Majlis Pengkebumian anak lelakinya
yang syahid dalam keganasan di Syria untuk mengaitkankan bahawa peristiwa telah dijelas oleh hadis Rasulullah
saw di atas. Beliau seorang ulamak Mazhab Syafie yang mempunyai Ijazah Doktor
Falsafah (Phd) dalam bidang Fiqh Syafie menggantikan mufti sebelumnya iaitu
Ahmed Muhammad Amin Kuftaro
SUMBER : BLOG ARIS AWANG
No comments:
Post a Comment