FSA bersolat di Aleppo
Universiti Aleppo yang bertukar menjadi kediaman penduduk Aleppo yang kehilangan tempat tinggal
Aleppo di bom dengan sewenang-wenangnya. Membunuh banyak nyawa yang tidak berdosa dan merosakkan harta benda.
Kanak-kanak ini mati kerana ditembak oleh tentera Assad. Ramai kanak-kanak termasuk bayi yang sengaja ditembak dikepala dari jarak dekat.
Jeritan jet pejuang regim Assad terkutuk terus memuntahkan
bom ke atas Aleppo. Dibantu oleh kereta2 kebal dan trak2 askar yg padat dgn
senjata berat. Tujuan mereka ialah menghapuskan FSA. Pejuang Kebebasan Syria
(FSA) lebih handal dalam perang taktik gerila berbanding dgn askar2 Assad yg
hanya tahu berlindung dari sebalik mesin2 dan jet pejuang.
Penduduk Aleppo masih ramai yg bertahan di Aleppo. Ada yg
tidak tahu hendak ke mana jadi mereka memilih utk kekal di situ. Harga2 makanan
asas dan bahan api melonjak naik. Hanya harga roti sahaja yang masih rendah
kerana dikawal oleh FSA.
Dua org komander FSA di Aleppo Hajji Mare dan Hajji Tar Afat
adalah terdiri dari ahli perniagaaan. Mereka langsung tidak mempunyai
pengalaman dalam bidang ketenteraan, tetapi mereka adalah sebenar2nya pejuang.
Cara mereka bertindak dan berkomunikasi menunjukkan kredibiliti mereka.
"Kami berharap untuk terus bertahan tetapi keadaan akan
menjadi semakin sukar," Hajji Mare berkata.
Bahagian Kemalangan dan Kecemasan di hospital sentiasa
sibuk. Para doktor berungkus lumus bertugas membantu menyelamatkan penduduk
awam dan FSA. “Saya di sini atas sifat perikemanusiaan. Kami tidak akan tunduk
pada rejim”, menurut seorang doktor.
Sumber : http://news.sky.com/story/969436/inside-syria-aerial-bombardment-of-aleppo
No comments:
Post a Comment