“Tahukah
kalian apa ertinya mengumpat?”
Sahabat
menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.”
Ujar
Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam lagi: Mengumpat ialah: “Engkau mengatakan
tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.”
Lalu
ditanyakan:
“Bagaimana
kalau ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?”
Jawab Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam: “Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”
Mengumpat merupakan perkara yang tidak mendatangkan kerugian sedikit pun pada orang yang diumpat, malah dosa yang diterima oleh pengumpat. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.
Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.
Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan
oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.”
(Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.
Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.”
(Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)
Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua
Sedar atau tidak,mengumpat menunjukkan seseorang itu mempunyai penyakit hati,penyakit yang jika dibiarkan menyebabkan hati makin kelam dan gelap,dan makin susah untuk dibersihkan melainkan bertaubat dan memohon maaf dari orang yang diumpat.
Mengumpat
dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan
perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan
mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang
yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah
kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya.
Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan
mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam
rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)
Apakah punca utama seseorang itu mengumpat?
Antara sebabnya ialah wujudnya hasad dengki,benci-membenci yang menghasilkan umpatan.
Imam
Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ada menerangkan antara faktor yang
menyebabkan timbulnya perasaan hasad ini.Secara ringkasnya antara faktor
wujudnya persaaan hasad itu adalah seperti :
i)
Perasaan
Permusuhan dan Kebencian
ii)
Merasa Diri Mulia
iii)
Takabbur
iv) Ujub
v) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
vi) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari
Populariti
vii)
Busuk Hati
Menghadapi
golongan pendengki dan pengumpat menyebabkan timbul rasa marah dan sakit
hati.Tapi kalau seseorang yang diumpat itu marah balik dan membalas perbuatan
pendengki dan pengumpat itu,apa bezanya mereka dengan golongan yang tersebut?
Ingatlah
sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam yang bermaksud:
“Tidak ada satu penanggungan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seseorang. Mana-mana perasaan marah yang dikawal oleh seseorang semata-mata kerana Allah nescaya Allah akan penuhkan batinnya dengan keimanan."
“Tidak ada satu penanggungan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seseorang. Mana-mana perasaan marah yang dikawal oleh seseorang semata-mata kerana Allah nescaya Allah akan penuhkan batinnya dengan keimanan."
Selalulah
bersabar dalam solat supaya tidak membawa perkara tersebut di dalam solat yang
boleh mengganggu kekusyukan solat,berdoa memohon dari Allah daripada kejahatan
orang lain.
Langit Pertama Dosa Mengumpat
Orang
yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod
amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.
Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api
memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan
musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak
tinggal apa-apa lagi.
Diriwayatkan
oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat
cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia
berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang
banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab
: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau
ketahui".
Sebaliknya,
jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang
yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang
mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.
Memandangkan
betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri
daripada mengumpat.
Sumber
:
Bacaan lanjut:
Bahtera
Penyelamat karangan
ustaz Fathi Yakan
Kitab
Ihya Ulumuddin karangan Imam
Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment