Hari ini, sekumpulan tentera Assad peringkat pegawai telah
berpaling tadah dan bergabung dengan Pasukan Pejuang Kebebasan Syria (FSA).
Mereka telah mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka yang tidak tahan lagi
dengan serangan yang dilakukan ke atas
rakyat Syria sendiri. Mereka
telah mengumumkan tentang pergabungan mereka dengan FSA dalam video di atas.
Setakat ini bukan sahaja tentera darat yang berpaling tadah,
tetapi juga tentera udara. Salah seorangnya ialah seorang tentera udara Syria
berpangkat kolonel yang telah berpaling
tadah dan melarikan diri ke Jordan bersama-sama dengan pesawat yang dipandunya
sekali. Syria yang bengang dengan tindakan Kolonel Hassan Hammadeh, 44, menyifatkan
beliau sebagai penderhaka dan menuntut supaya pesawat, MIG 21 buatan Russia mereka dipulangkan semula. Sebelum melarikan
diri, kolonel tersebut telah berjaya memindahkan
kaum keluarganya terlebih dahulu.
No comments:
Post a Comment