Penduduk Bandar Alharrak Yang Disiksa Dan Dibunuh
Dipetik dari : SNN Report | Situation on the Ground | Dar’aa
| Alharrak | 24/08/2012
Selama tujuh hari berturut-turut bandar Alharrak di Dar’aa menyaksikan
pembedilan besar-besaran dan pembunuhan yang dilakukan oleh tentera Assad.
Kereta-kereta kebal telah membedil dan menyebabkan kematian pada hari ini
sahaja seramai 90 orang. Ada yang diculik oleh pihak rejim dan mereka seperti
biasanya akan disiksa dengan siksaan yang sungguh kejam dan ada yang dibakar
hidup-hidup. Tentera pejuang masih berjuang bermati-matian didalam Bandar tersebut.
Walaupun terkepung mereka tidak pernah menyerah kalah dan berjuang
bermati-matian mempertahankan dan melindungi saki baki penduduk yang ada di
situ. Penduduk sudah dimaklumkan jika tentera pejuang gagal dalam usaha
mempertahankan Bandar itu, tentera rejim akan melakukan pembunuhan
besar-besaran terhadap mereka.
No comments:
Post a Comment