Dua gempa bumi kembar telah berlaku di Iran pada Sabtu
baru-baru ini. Gempa bumi telah
mengakibatkan 227 orang terbunuh dan lebihkurang 1380 orang cedera di Barat
Iran. Angka kematian dan kecederaan mungkin akan meningkat memandangkan kerja-kerja menyelamat masih berjalan semasa berita ini ditulis. Pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa-mangsa yang mungkin
terselamat di celah-celah runtuhan.
Gempa kedua terjadi selepas 11 minit gempa yang pertama
dengan masing-masing berukuran skala Ricter 6.2 dan 6.0. Berikutan kejadian tersebut, beribu-ribu orang terpaksa
tinggal di khemah sementara atau tidur ditepi-tepi jalan berikutan ketakutan
untuk berlakunya lebih banyak gempa. Setakat ini dalam 40 gempa bumi susulan
telah dikesan.
Enam buah kampung telah musnah dan 60 buah lagi mengalami
lebih dari 50% kemusnahan. Lebih 110 kampung terlibat dalam gempa tersebut.
No comments:
Post a Comment