Minggu lepas sudah kelihatan kawan-kawan sepejabat saya
menjinjing pulang kuih-kuih raya yang mereka tempah dari rakan sepejabat.
Memang sudah menjadi lumrah wanita berkejaya sekarang ini, membeli kuih raya
dari membuat sendiri. Ini adalah kerana
kekangan masa dan juga apabila sudah penat bekerja, mood hendak buat kuih raya
pun sudah terpadam.
Melihat pada kawan2 saya yang mebuat pesanan kuih raya, ada
yg sampai order 7-8 jenis biskut raya seorang. Banyak juga tu. Harga dalam
RM23-RM25 untuk 50 biji. Ada yang hendak dibawa pulang ke kampung, untuk mak
mertua dan sebagainya.
Saya pula akan membuat sendiri biskut raya dan yang lain
seperti rempeyek dan kacang sahaja yang akan saya beli. Saya bercadang untuk
membuat 3 jenis biskut raya. Tetapi dalam kuantiti yang banyak. Kenapa hanya 3
jenis? Kerana bila saya hanya membuat 3 jenis biskut sahaja tetapi dalam
kuantiti yang banyak, saya dapat membeli bahan-bahannya dengan harga yang lebih
murah kerana saya beli dalam pek2 yang lebih besar. Saya juga terpaksa membuat
dalam kuantiti yang banyak kerana hendak diberi pada ibu mertua, ibu saya
sendiri, emak saudara sebelah suami, dan juga untuk diri saya sendiri. Lepas itu kebiasaannya saya akan beli
rempeyek dan kacang. Membuat puding dan kek. Jadi saya sudah ada 7 jenis juadah
untuk hidangan hari raya. Dan ditambah
dengan rendang Rembau (kg sebelah ayah saya) dan juga lemang, Wah , bukannya
sudah cukup banyak.
Bagi sesiapa yang mahu buat sendiri kuih raya tetapi sibuk
dengan tugasan pejabat boleh lah mencuba resepi ini. Setakat yang saya mencuba,
resepi dari Kak Fida ini, InsyAllah, semuanya menjadi. Selamat mencuba. Klik
link untuk pergi ke resepi.
No comments:
Post a Comment