Surah Al-Ikhlas rasanya ramai dari kita yang hafal sejak
dari kecil. Cuma mungkin kita terlupa mengkaji tentang kelebihan-kelebihan
surah ini dengan lebih mendalam. Surah ini juga disebut surah keselamatan
kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan
dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelapnya kubur dan
tragedi-tragedi hari kiamat.
Antara kelebihan-kelebihan surah ini:
1. Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda
"Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga
Al-Quran"
2. At-Tabrani dan an-Nu'aim mengikhraj dari
Rasulullah SAW, baginda bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat
sakitnya yang menghantarnya pada kematian maka ia tidak berjamah fitnah di
dalam kubur dan aman dari penyempitan kubur pula ia dibawa malaikat dengan
tapak tangannya hingga melampaui sirat sampai syurga"
3. Mendapat pahala seratus orang pahlawan syahid
(Hadis dari Ubai bin Ka'ab).
4. Dijauhkan godaan syaitan jika dibaca 10 kali
selepas solat Subuh (Hadis dari Ali Bin Abi Talib).
5. Jika diamalkan membacanya semasa sakit hingga
membawa kematiannya, maka akan terlepas dari siksa kubur (Hadis dari
At-Tirmizi).
6. Surah Al-Ikhlas juga mempunyai fadhilat
melapangkan rezeki dan menolak kefakiran bagi pembacanya serta penghuni rumah
dan tetangganya. Dalam kitab Sa'adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda "
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah
kefakiran penghuni rumah dan tetangganya" (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud).
Di dalam kitab Fawaid as-Syarji
menyebutkan: Bahawasanya ada seorang mengadu tentang kefakirannya kepada Nabi
SAW, maka baginda bersabda "Ketika masuk rumah bacalah surah
Al-Ikhlas". Kemudian lelaki itu melaksanakannya dengan cara seperti itu,
maka Allah SWT melapangkan rezeki kepadanya dengan berkat surah Al-Ikhlas.
7. Surah Al-Ikhlas jika dibaca 11 kali selepas tiap
kali sembahyang fardhu, insyaallah akan ditetapkan iman.
8. Imam Hanbali rahimahullah berkata, barangsiapa
yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali surah Al-Ikhlas
kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang
ditanam disitu.
9. Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali
pahalanya menyamai membaca 30 juzuk Al-Quran.
10. Apabila kehilangan sesuatu barang, bacalah surah
ini sebanyak 21 kali sambil mencari barang tersebut. InsyaAllah berhasil.
Kisah di dalam Ruhul-Bayan ada menyebutkan;
Pada waktu Nabi SAW di tabuk datang kepada baginda malaikat
Jibril. "Rasulullah, saya khabarkan bahawa Mu'awiyah al Muzani ra telah
meninggal di Madinah. Apakah engkau berkenan jika bumi ini saya lipat, agar
engkau menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah". "Boleh saja" jawab
baginda, maka Jibril membentangkan sayapnya di atas bumi dan diangkatnya Nabi
sampai Madinah lalu menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah dan para malaikat
menjadi makmum dua saf (barisan) dimana satu saf berjumlah tujuh puluh ribu
malaikat.
Selesai sembahyang baginda bertanya "Oleh sebab apa
Mu'awiyah berpangkat demikian tinggi?" Malaikat Jibril menjawab "Oleh
kerana Mu'awiyah cinta dan membaca qul hu wallahu ahad sewaktu pagi dan petang,
ketika berdiri dan duduk dan pada setiap gerak-gerinya."
No comments:
Post a Comment