Pada bulan puasa baru-baru ini ada sekali saya terlihat
anak-anak sedang menonton cerita Harry Potter di televisyen. Saya terus melarang mereka menonton cerita
itu. Bagi saya cerita Harry potter adalah berkenaan dengan sihir, mitos dan
mengandungi unsur-unsur paganisme. Saya risau jikalau anak-anak saya yang masih
kecil akan terpengaruh bahawa dengan sihir, bermacam-macam masalah boleh
selesai. Mungkin ada yang berkata, ia hanyalah hiburan yang tidak memberi
apa-apa kesan. Tetapi kita perlu ingat, antara agenda-agenda musuh Islam ialah
mempengaruhi pemikiran dan minda anak-anak menerusi filem-filem seperti ini.
Cara yang amat menarik untuk melakukan kerja-kerja
mempengaruhi minda kanak-kanak, tapi amat merbahaya dan amat negatif. Seperti
kata seorang penyajak Muslim, Muhammad Iqbal, “Aridity of logic cannot
overwhelm the beauty of poetry.”
Disamping itu juga begitu banyaksimbol-simbol illuminati dan
freemason dalam filem Harry Potter. Bagi sesiapa yang tahu mengenai illuminati
dan freemason, maka tentu sekalitahu tentang bahayanya simbol-simbol ini.
No comments:
Post a Comment