Perdana Menteri Syria, Riyad Hijab berjaya melarikan diri ke
Jordan dengan bantuan Pejuang Kebebasan Syria
Jeneral Mohammed Ahmed Faris berjaya melarikan diri ke Turki
dalam percubaan ke-4
Perdana Menteri Syria , Riyad Hijab, telah berpaling tadah
dan melarikan diri ke Jordan bersama-sama dengan keluarganya termasuk dua orang
adik-beradiknya yang juga merupakan menteri di Syria. Bekas Menteri Pertanian
itu telah dilantik dua bulan yang lepas secara paksa sebagai Perdana Menteri.
Assad memberi dua pilihan kepada beliau, samada menerima perlantikan itu atau
dihukum bunuh.
Hijab telah merancang untuk melarikan diri lebih dua bulan
yang lalu dengan bantuan Pasukan Pejuang Kebebasan Syria (FSA). Sebaik sahaja
Assad menyedari Hijab melarikan diri, dia telah mengumumkan bahawa Hijab telah
dipecat dari jawatannya. Setakat ini, Hijab merupakan orang yang mempunyai
pangkat paling tinggi di Syria yang berpaling tadah.
Sebelum ini, angkasawan pertama Syria Jeneral Mohammed Ahmed
Faris, juga telah berpaling tadah dan melarikan diri ke Turki pada Ahad lalu dengan
bantuan FSA. Ahmed Faris telah mencuba beberapa kali untuk melarikan diri dan
berjaya melakukannya pada percubaan yang ke-4.
No comments:
Post a Comment