Jika Lewat Solat Subuh
Soalan:
Apakah Status kenyataan ini? bersumberkan hadith yg sahih
ker?
WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT
1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.

Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana
ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada
pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu
syuruk ini.
2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada
tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di
bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan
berkeliaran.
Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.
Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.
3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu
selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada
orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat
isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam.
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Sahih daripada Nabi SAW melarang bersembahyang pada 3 waktu,
sebagaimana dalam hadis Uqbah bin Amir al-Juhaniy. iaitu apa yg anda sebut no
(1) dan (2). Manakala no (3), tiada kaitan dgn waktu larangan.
Hadis tersebut ialah:
ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب
ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب
ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan
mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.
HR: Muslim (no: 831).
Manakala illah dilarang, disebut dalam hadis Amru bin Abasah
r.a, dalam sahih Muslim (no: 832), ringkasannya ialah;
-waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua
tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepada matahari waktu itu.
-waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak.
-waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.
-waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak.
-waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.
Berkenaan kenyataan: “Jika kita terbangun dari tidur
pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu
syuruk ini”,
Sebenarnya Qadha’ boleh dilakukan walaupun dalam waktu2 yg
dilarang.
Kerana:
Kerana:
-Nabi memerintahkan qadha’ dilakukan dengan SEGERA,
sebagaimana hadith: “Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah
bersembahyang APABILA dia teringat”. Muslim (no: 680).
-Larangan solat pada waktu2 itu, ialah solat yg tiada sebab.
Adapun solat bersebab spt qadha’, atau tahiyyat masjid, ia terkecuali.
(Majmuk 4/170).
(Majmuk 4/170).
-Ada hadis menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut,
spt: hadis “Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika terbit dan terbenam
matahari”. HR Bukhari (no: 558).
Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.
Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.
Berkenaan kenyataannya: “Waktu fadilat /afdal untuk bersolat
ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan”;
Setakat ini, masih belum menemui petunjuk Nabi tentang had
masa 1/3 jam (20 minit) antara azan dan iqamah. mungkin diistibat daripada
beberapa hadis yg menyebut secara umum.
Antara yg disebut dalam hadis ialah:
Hadis Jabir: Sabda Nabi SAW: Wahai Bilal, Jadikan antara azan dan iqamah kamu sekadar orang yg sedang makan selesai makannya, org yg minum selesai minumnya, org yg qadha’ hajat selesai qadha’ hajatnya.

Manakala kenyataannya: “Pahala yang besar diberikan pada
orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat
isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam”,
Zahir quran dan sunnah Nabi yg sahih menggalakkan solat di
awal waktu.
Manakala waktu isya’ jika boleh dilakukan jemaah pada lewat
malam, ia suatu yg baik, kerana sabit Nabi SAW pernah melewatkan solat Isya’
sehingga jemaah di masjid tertidur. Lalu Nabi bersabda: Inilah waktunya
kalaulah tidak menyusahkan umatku. (Muslim no 638).
Tetapi, jika jemaah dilakukan pada awal waktu sebagaimana yg
diamalkan hari ini, maka berjemaah pada awal waktu adalah lebih utama daripada
mencari kelebihan lewat malam.
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
No comments:
Post a Comment