"Kami sedang hidup didalam situasi tiada siapa pun
mampu bertahan!" . Begitulah wanita berusia 73 tahun ini memulakan
perbicaraannya. "Saya kini sedang hidup dalam tempoh yang paling sukar
sepanjang hidup saya. Saya mempunyai tekanan darah tinggi, masalah tiroid dan
kekurangan Kalsium. Saya tidak mendapat rawatan perubatan kerana tiada bantuan
perubatan yang sampai kesan daripada pengepungan yangberterusan.." rintih
wanita ini lagi.
Beginilah keadaan orang awam dikepung di kawasan-kawasan
selatan Damsyik. Melebihi 1.5 juta orang yang dikepung oleh tentera Assad
selama lebih daripada satu tahun. Mereka benar-benar terasing daripada erti
kehidupan yang sebenar. Mereka kini telah menjadi tanggungjawab kita bersama.
No comments:
Post a Comment