Monday, August 27, 2012

SOLAT

Pejuang Syria sedang solat di Salehedine, Aleppo. Gambar diambil 5 hari yang lalu.

Tahukah anda bahawasanya orang yg tidak solat adalah lebih teruk dan jahat daripada Iblis?

Hah!!Jangan cepat melenting..baca dulu baru fikir..

Iblis sewaktu di Syurga dahulu sangat taat beribadat kepada Allah SWT selama 80 ribu tahun lamanya sehinggakan semua para Malaikat berbangga dengan Iblis malah Allah SWT mengangkat darjat Iblis menjadi ketua semua para malaikat..hebat bukan..Kini Allah SWT  meletakkan darjat Iblis ini kedudukan paling hina kerana satu perkara..Enggan sujud kepada Nabi Adam as.. kini manusia diperintahkan utk sujud kepada Allah SWT sebanyak 5 kali sehari semalam tapi masih ada yang ingkar dan enggan. Allah SWT memerintahkan iblis sujud kepada Nabi Adam hanya sekali suruhan sahaja  tetapi Iblis ingkar dan terus dilaknat oleh Allah SWT..Bayangkan bagaimana pula manusia yg ingkar untuk sujud kpd Allah? Owh betapa murkanya Allah SWT..nauzubillah...



Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar.

Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut.



Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)

Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).

Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Segolongan ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.

Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.

Oleh itu kerjakanlah solat dan semoga kita semua khusyuk dalam solat.


Sumber :
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/05/hukum-meninggalkan-solat-fardu.html
http://daarulmuaqaamah.blogspot.com/2010/07/tahukah-kamu-perihal-org-yg-tidak-solat.html

No comments:

Post a Comment