Tuesday, August 7, 2012

LALUAN KE BAITUL MAQDIS ADALAH MELALUI DAMSYIK - SYEIKH DR MUNEER AL-GHABTAN DAN SYEIKH MOHAMED RIYAD SHOKFAH, MURAQIB AM IKHWANUL MUSLIMIN SYRIA






ISTANBUL – Delegasi Malaysia ke ‘Muktamar Umat Islam Bagi Membantu Rakyat Syria’ di sini sempat mengadakan diskusi bersama ulama Syria, Syeikh Dr Muneer al-Ghatban dan Syeikh Mohamed Riyad Shokfah, Muraqib Am Ikhwanul Muslimin Syria.
Berikut adalah beberapa fakta penting hasil diskusi bersama mereka:

1. Kezaliman rejim Basyar al-Assad adalah jelas dan kebangkitan rakyat Syria juga jelas yang mana ia wajib disokong dan dibantu oleh umat Islam. Namun dunia kini menyokong Basyar untuk menjaga keselamatan Israel. Mereka bersatu pada hakikatnya mempertahan Assad demi kelangsungan dan keselamatan Israel yang semakin tergugat.

2. Dua negara Arab yang selama ini memastikan Israel dilindungi ialah Mesir dan Syria. Mesir pasti akan menyemak atau merombak hubungannya dengan Mesir di bawah kepimpinan Presiden Dr Muhammad Mursi. Hanya Syria yang bersempadan dengan Israel secara langsung, tinggal satu-satunya negara yang menjadi harapan entiti Zionis di dunia Arab yang sedang mengalami proses kebangkitan.

3. Kebangkitan rakyat Syria bermula dengan perhimpunan secara aman. Tetapi rejim Basyar telah bertindak secara zalim dengan membunuh rakyat Syria. Maka rakyat Syria tiada pilihan, terpaksa bangkit untuk melindungi diri dan keluarga mereka dari kezaliman Basyar dan tentera-tenteranya.

4. Kebangkitan rakyat Syria tidak dicetuskan oleh mana-mana pihak termasuk Ikhwan Muslimin kerana ia lahir dari dalam jiwa rakyat Syria sendiri untuk menentang kezaliman Basyar. Ini adalah bukti bahawa kebangkitan rakyat Syria adalah suatu perancangan Allah SWT semata-mata. Buktinya dalam menghadapi kezaliman tersebut, mereka berjuang kerana iman, untuk mendapat ganjaran syurga Allah SWT.

5. Atas dakwaan bahawa kebangkitan rakyat Syria menyokong agenda Israel, dunia jelas terpedaya dengan perancangan Basyar untuk mengabui umat Islam dan masyarakat antarabangsa. Rejim Basyar dikatakan musuh tegar Israel dan telah memberi perlindungan kepada Hamas untuk beroperasi dari Damsyik. Sebenarnya ini adalah 'smoke screen' supaya Syria dilihat menyokong usaha jihad melawan Israel.

6. Hakikatnya Israel telah menguasai Tanah Tinggi Golan dan telah diceroboh tidak kurang daripada 5 kali sejak lebih 40 tahun yang lalu. Namun tidak sebutir peluru pun yang ditalakan ke Israel pasca 1967 - sebaliknya senjata, termasuklah jet pejuang dan kereta kebal digunakan untuk membedil rakyatnya sendiri. Syria sebenarnya menjamin keselamatan Israel di bahagian Timur, berhampiran Laut Galilee yang strategik itu.

7. Pendirian Iran adalah jelas berpihak kepada Basyar al-Assad, atas faktor agama iaitu Syiah Nusayriyah). Iran membekalkan senjata kepada rejim Basyar. Sebenarnya Iran sangat penting kepada Amerika Syarikat. ‘Melalui’ Iran, AS menceroboh Iraq dan ‘melalui’ Iran juga, AS menyerang Afghanistan.

AS hanya mengugut Iran dengan sekatan ekonomi kononnya untuk menghalang program nuklear Iran, tidak seperti Iraq yang dibedil hanya atas dasar pembohongan bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of Mass Destruction - WMD) dan tidak seperti Afghanistan yang diserang juga kerana pembohongan AS bahawa Afghanistan menjadi pengkalan serangan ke atas WTC 9/11.





9. Kebangkitan rakyat Syria menunjukkan tanda-tanda jelas kemenangan di pihak rakyat. Syeikh menceritakan bagaimana seorang kanak-kanak yang hilang sebelah kakinya dan buta sebelah matanya akibat penyeksaan tentera Bayar, masih boleh bersyukur dan berkata: “Aku bersyukur kerana masih memiliki satu mata untuk melihat kejatuhan Basyar al-Assad, Insya-Allah”.

10. Hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ada menyebut tentang proses kemenangan umat Islam pada akhir zaman di mana kemenangan itu akan datang dari ‘ghutah’ dan Baitul Maqdis akan dibebaskan dari laluan Damsyik. Rakyat Syria amat yakin bahawa ‘ghutah’ yang disebut oleh Nabi itu ialah di pinggir bandar Damsyik. Perancangannya ialah rakyat akan mengepung istana Basyar di Damsyik.

11. Situasi semasa menunjukkan bahawa 75% dari negara Syria telah terlepas dari cengkaman tentera Basyar, bermakna ia dikawal oleh rakyat Syria. Rejim Basyar hanya mampu melancarkan serangan ke wilayah-wilayah ini dengan pesawat udara.

12. Atas dakwaan bahawa kebangkitan rakyat Syria didalangi oleh kuasa barat, Syeikh Muneer menjelaskan kebangkitan rakyat dipimpin oleh 'ulama syabab al-amilin' (ulama-ulama muda yang bekerja). Mereka akan memastikan agenda barat tidak akan mengambil alih inisiatif yang digerakkan oleh rakyat. Rakyat yang bekerja akan menjatuhkan rejim Basyar, bukan mana-mana kuasa yang cuba mengambil kesempatan.

13. Tentang kedudukan ulama-ulama yang menyokong Basyar, Syeikh menjelaskan bahawa mufti Syria yang menyokong Assad adalah sebahagian daripadamukhabarat (Special Branch). Penjelasan dalam muktamar telah menjelaskan bahawa Parti Baath yang dibentuk dan dikuasai oleh golongan Syiah Nusayriah telah mencengkam semua institusi termasuk keselamatan dan agensi-agensi kerajaan, maka tidak hairanlah institusi ulama rasmi juga dikuasai oleh mereka atau ditimpa indoktrinasi yang parah.

14. Tentang kedudukan Syeikh Ramadhan al-Buti yang juga memihak kepada Regim BasharAssad, Syeikh al-Ghatban mengatakan bahawa al-Buti tertipu atau terpedaya dengan rejim Basyar.

15. Syeikh Prof Dr Yusuf Qardhawi menyebut tentang kebangkitan rakyat Syria dan kemenangan yang bakal diperolehi mereka pada setiap khutbah jumaatnya sejak beberapa bulan yang lalu. Maka, kesedaran umat islam terhadap apa yang berlaku di Syria perlu dipertingkatkan, kempen perlu diperhebat dan bantuan perlu terus disalurkan. Dianggarkan bantuan yang diperlukan oleh rakyat Syria adalah dalam lingkungan USD200 juta sebulan.


Ulasan Dr Hafidzi, Pengerusi Aqsa Syarif
Peranan Iran di dalam isu Syria adalah jelas. Salah seorang ulama dalam muktamar ini tanpa selindung mengatakan Iran adalah punca kepada apa yang berlaku di Syria - bukankah salah satu dari permintaan Free Syrian Army kepada Presiden Morsi Mesir yang baru terpilih dalam PR Presiden Mesir ialah menghalang kapal-kapal Iran menggunakan terusan Suez kerana ia membekalkan senjata dan pelbagai bantuan kepada Regim Assad untuk membunuh rakyatnya?
Jangan terpedaya dengan persepsi yang dibentuk oleh musuh. Peperangan di medan persepsi adalah tidak kurang sengitnya dengan peperangan di medan persenjataan dan tempur, bahkan ianya lebih sukar kerana ia melindungi apa yang tersirat. US dan Iran sehingga hari ini hanya engage in war of words, tak lebih dari itu, bahkan apabila Iran menawan Kedutaan US pada tahun 1979 semasa revolusi Iran yang diketuai oleh Ayatullah Khomeini.
Bahkan apabila misi penyelamat dikirim untuk membebaskan kakitangan kedutaan yang menjadi tebusan, misi tersebut gagal apabila helikopter dan kapalterbang Hercules yang membawa komando paling terlatih berlaga dan meletup di udara.
Pernahkah kita terfikir satu misi rahsia yang begitu penting untuk menyelamatkan diplomat US bolih gagal begitu sahaja....? Dan US memang mahir menyusun kerja-kerja espionage (perisikan) seperti ini meskipun mengorbankan warganya sendiri. Bukankah semasa perang 1967 Israel menembak kapal US - USS Liberty di Terusan Suez dan menyebabkan ramai anggota kapal terbunuh - dan Israel hanya memohon maaf dan Kerajaan US tidak mengambil apa-apa tindakan ke atas Israel).


Sumber:



No comments:

Post a Comment