Sunday, August 12, 2012

GEMPA BUMI KEMBAR DI IRAN : 227 KEMATIAN DIREKODKAN





Dua gempa bumi kembar telah berlaku di Iran pada Sabtu baru-baru ini. Gempa bumi  telah mengakibatkan 227 orang terbunuh dan lebihkurang 1380 orang cedera di Barat Iran. Angka kematian dan kecederaan mungkin akan meningkat memandangkan kerja-kerja menyelamat masih berjalan semasa berita ini ditulis. Pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa-mangsa yang mungkin terselamat di celah-celah runtuhan.

Gempa kedua terjadi selepas 11 minit gempa yang pertama dengan masing-masing berukuran skala Ricter 6.2 dan 6.0. Berikutan kejadian tersebut, beribu-ribu orang terpaksa tinggal di khemah sementara atau tidur ditepi-tepi jalan berikutan ketakutan untuk berlakunya lebih banyak gempa. Setakat ini dalam 40 gempa bumi susulan telah dikesan.

Enam buah kampung telah musnah dan 60 buah lagi mengalami lebih dari 50% kemusnahan. Lebih 110 kampung terlibat dalam gempa tersebut.


No comments:

Post a Comment