Thursday, December 27, 2012

MALAIKAT TURUT BERPERANG BERSAMA MUJAHIDIN MELAWAN REJIM SYIAH ASSAD




“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Surah Al-Anfal 10)

Ada kisah menarik daripada sukarelawan Hilal Ahmar Society Indonesia(Hasi) yang baru sahaja tiba di Syria dan membuat laporan di bangunan Dewan Dakwah Islamiah Indonesia(DDII) pada hari Selasa (11/12/2012). Abu Yahya, penyelaras sukarelawan Hasi menceritakan kisah seorang bekas tentera Bashar Assad yang bertaubat lalu bergabung dengan mujahidin. Kepada bekas tentera itu, para mujahidin sempat bertanya kenapa para tentera Assad yang berjumlah 1500 orang di Jabal Akhrod tidak berani melakukan serangan terhadap mujahidin Syria yang hanya berjumlah 150 orang. Dari segi kekuatan (jumlah) dan persenjataan, mujahidin sangat lemah dari tentera rejim syiah Assad.
http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_19945.gif?1846340832
Mendengar soalan itu, bekas tentera Bashar Assad ini berasa hairan dan bertanya. “Siapa kata jumlah mereka sedikit? Kami setiap malam melihat kamu dengan berpakaian putih bergerak dari satu lembah ke lembah lain sehingga kami berfikir dulu untuk menyerang, “kata bekas rejim syiah Assad tersebut.

Kisah yang berlaku di atas bukan terjadi sekali itu. Cerita lain muncul ketika mujahidin hendak melakukan serangan terhadap konvoi 50 trak yang dinaiki tentera rejim Bashar Assad. Hingga pada satu tempat berlaku tembak menembak di antara mujahidin dengan tentera rejim Assad. Oleh kerana mujahidin memang sudah merancang serangan tersebut menyebabkan tentera Bashar Assad berundur.

Namun ketika serangan berlaku, tiba-tiba muncul kejadian di luar jangkaan mereka. Helikopter dan pesawat pejuang datang seperti hendak menyerang pihak mujahidin. Tentu mujahidin membuat kesimpulan bahawa ini bantuan dari pihak Bashar Assad untuk menyerang mereka. Kita ketahui bahawa sehingga kini mujahidin Syria langsung tidak mempunyai kelengkapan perang seperti pesawat. Mereka bertempur hanya melalut darat dengan persenjataan yang mundur jika dibandingkan dengan senjata milik rejim Assad.

Mengukur jumlah mujahid dan persenjataan yang terhad, komando mujahidin mengarahkan untuk segera mengosongkan tempat pertempuran dan masuk ke gunung-gunung untuk mengatur strategi. Satu keajaiban berlaku, ketika mujahidin sudah berundur, bunyi tembakan masih terus berlaku.

Muncung dan desingan peluru seperti tidak berhenti walaupun tidak ada satu mujahidin pun berada di lokasi pertempuran tersebut. Komando mujahidin bertanya dalam hati, siapakah sebenarnya yang sedang berperang melawan tentera Bashar Assad. Dia kemudian memeriksa jumlah mujahid yang ada untuk memastikan jika ada mujahidin yang tertinggal dan melakukan serangan terhadap tentera Assad. Namun dari perkiraan tersebut seluruh mujahidin sudah masuk ke dalam gunung.

Hingga matahari terbit dan mereka yakin keadaan telah selamat, barisan mujahidin turun dari gunung dan terkejutnya apabila mereka melihat sebahagian tentera Assad telah terbunuh. Sebahagian yang lain mengalami luka parah akibat pertempuran hebat tersebut. Tentu kejadian ini menjadi seribu tanya bagi Abu Yahya, sukarelawan Hasi yang menghabiskan masa selama satu bulan di Desa Salma, daerah Jabal Akhrod, Syria dan mendengar kisah ini langsung dari mujahidin.

“Siapa pula yang berada di dalam pesawat dan helikopter untuk melawan tentera Syria?” diam Abu Yahya dengan seribu tanda tanya di depan para awak media yang juga diliputi kehairanan.

Subhanallah, inilah ayaturrahman yang muncul dalam Jihad di bumi Syam. Fakta yang menjadi bukti bahawa mujahidin tidak berseorangan. Mereka bersama Allah untuk berperang menegakkan Islam di Syria dan melawan kezaliman regim Syiah Nushairiyyah terhadap umat Islam. Semoga ini menjadi khabar baik bagi kemenangan mujahidin dan tegaknya Islam di Syria. Tentu jika kita mendengar kisah dari mujahidin, kita akan sangat faham siapakah bala tentera yang tiba-tiba datang membantu para mujahidin melawan tentera Assad.

“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Surah Al-Anfal 10)


Sunday, December 16, 2012

PAKEJ MEDAN FB

Tuan puan yang berminat dengan pakej melancong ke Medan disilakan melawat http://www.facebook.com/Pakej.Medan untuk maklumat lanjut Pakej Pelancongan Medan-Lake toba

Friday, December 14, 2012

AQSA2GAZA EMERGENCY RELIEF

Terimakasih pada semua yang menyumbang untuk AQSA2GAZA EMERGENCY RELIEF. Walau sekecil mana sumbangan anda, ia amat bermakna.



Hari Menyokong Perjuangan Umat Islam Syria Sedunia


Seruan Kesatuan Ulama' Sedunia agar menjadikan hari ini, Jumaat (14 Disember 2012) sebagai "Hari Menyokong Perjuangan Umat Islam Syria Sedunia"  mendapat sokongan seluruh para ulama' dan ilmuwan dunia. Marilah sama-sama kita sahut seruan ini.

Untuk maklumat lanjut tentang seruan ini bolehlah merujuk pada link-link yang diberi di bawah.

1) Syaikh Dr Yusuf Qaradhawi (Ketua) : 
     https://www.youtube.com/watch?v=-1r8I5TyvPs

2) Dr Muhammad Badi'e (Mursyidul Am Ikhwan Muslimin) : 
     https://www.youtube.com/watch?v=KgMJQ1oarLw

3) Syaikh Muaz Al-Khatib (Ketua Pakatan Pembangkang dan Revolusi Syria) :      
     https://www.youtube.com/watch?v=_wInxlUFLPg

4) Syaikh Raid Solah (Ketua Harakah Islamiah di Palestin) : 
     https://www.youtube.com/watch?v=s4eOJGbo2pM

5) Syaikh Kamal Khatib (Naib Ketua Harakah Islamiah di Palestin) : 
     https://www.youtube.com/watch?v=1Cmkw2R2ROI

6) Syaikh Abdul Majid Az-Zindani (Rektor Universiti Iman, Yaman) : 
     https://www.youtube.com/watch?v=yOHqcZACEog


Thursday, September 27, 2012

BANGKITLAH UMMAH


Bangkitlah ummah. Jangan tidur lena. Berjuanglah walau dengan apa cara sekalipun. Walau hanya dengan menggunakan setitik tinta. itu lebih bermakna dari hanya duduk berpeluk tubuh. HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID.

Sunday, September 23, 2012

PERIHAL SIRAT MUSTAQIM

Saya mendapat foto dan maklumat ini menerusi satu post yang dikirim di facebook saya. Menarik untuk sama-sama kita kongsi dan semoga kita semua mendapat pengajaran darinya.




Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah berbagai diantaranya ialah :

1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25 ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.

DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM

Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud

“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam, lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”

Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”

Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan, jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah. Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,

“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”

Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said Al-Khudri)

Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w. menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang.

Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan) hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.

Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam selama-lamanya.

Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat. Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal selama-lamanya.”

Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat

Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :

~Banyakkan bersedekah

~Melazimkan diri hadir ke masjid

Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain ialah :


Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.

Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”

*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.

Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang Mahsyar m/s: 146 

SOLAT SUNAT RAWATIB



Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).

Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu   4 rakaat sebelum Zohor  dan  2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat  selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.   


NIAT SOLAT RAWATIB

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.


أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat  Selepasnya kerana Allah Taala

Wednesday, September 5, 2012

UPDATE : PEJUANG SYRIA KUASAI 70% ALEPPO


Ketua kumpulan pejuang Brigade  al-Tawhid di Syria, Abdulkader Saleh  telah melaporkan bahawa mereka sudah menguasai 70% dari Aleppo dan sedang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kawalan sebanyak 30% lagi. Pertempuran di Aleppo agak sukar kerana pasukan Pejuang Syria di bedil bertalu-talu dari udara sedangkan Pasukan Pejuang hanya menggunakan senjata-senjata ringan.

Setakat ini rejim Assad mempunyai kekuatan seramai 3000 orang di Aleppo dengan berbekalkan senjata-senjata berat serta kenderaan-kenderaan perang yang hebat dan mereka menentang seramai 7000 orang pasukan pejuang Syria.

Walaupun rejim Assad mempunyai alat-alat yang canggih tetapi mereka sepatutnya merasa risau kerana mereka berperang dengan pejuang-pejuang yang berjuang demi menehgakkan kalimah Allah di muka bumi Syria. Allahu Akbar.

Tuesday, September 4, 2012

WAKTU DILARANG SOLAT



Jika Lewat Solat Subuh



Soalan:
Apakah Status kenyataan ini? bersumberkan hadith yg sahih ker?

WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT
1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini.

2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan berkeliaran.
Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.

3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam.

Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Sahih daripada Nabi SAW melarang bersembahyang pada 3 waktu, sebagaimana dalam hadis Uqbah bin Amir al-Juhaniy. iaitu apa yg anda sebut no (1) dan (2). Manakala no (3), tiada kaitan dgn waktu larangan.
Hadis tersebut ialah:

ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب
ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.
HR: Muslim (no: 831).

Manakala illah dilarang, disebut dalam hadis Amru bin Abasah r.a, dalam sahih Muslim (no: 832), ringkasannya ialah;
-waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepada matahari waktu itu.
-waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak.
-waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.

Berkenaan kenyataan:  “Jika kita terbangun dari tidur pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu syuruk ini”,
Sebenarnya Qadha’ boleh dilakukan walaupun dalam waktu2 yg dilarang.
Kerana:
-Nabi memerintahkan qadha’ dilakukan dengan SEGERA, sebagaimana hadith: “Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah bersembahyang APABILA dia teringat”. Muslim (no: 680).

-Larangan solat pada waktu2 itu, ialah solat yg tiada sebab. Adapun solat bersebab spt qadha’, atau tahiyyat masjid, ia terkecuali.
(Majmuk 4/170).

-Ada hadis menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut, spt: hadis “Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika terbit dan terbenam matahari”. HR Bukhari (no: 558).
Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.
Berkenaan kenyataannya:  “Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan”;

Setakat ini, masih belum menemui petunjuk Nabi tentang had masa 1/3 jam (20 minit) antara azan dan iqamah. mungkin diistibat daripada beberapa hadis yg menyebut secara umum.
Antara yg disebut dalam hadis ialah:
Hadis Jabir: Sabda Nabi SAW: Wahai Bilal, Jadikan antara azan dan iqamah kamu sekadar orang yg sedang makan selesai makannya, org yg minum selesai minumnya, org yg qadha’ hajat selesai qadha’ hajatnya.

Manakala kenyataannya: “Pahala yang besar diberikan pada orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam”,

Zahir quran dan sunnah Nabi yg sahih menggalakkan solat di awal waktu.
Manakala waktu isya’ jika boleh dilakukan jemaah pada lewat malam, ia suatu yg baik, kerana sabit Nabi SAW pernah melewatkan solat Isya’ sehingga jemaah di masjid tertidur. Lalu Nabi bersabda: Inilah waktunya kalaulah tidak menyusahkan umatku. (Muslim no 638).

Tetapi, jika jemaah dilakukan pada awal waktu sebagaimana yg diamalkan hari ini, maka berjemaah pada awal waktu adalah lebih utama daripada mencari kelebihan lewat malam.
Wallahu A’lam.

Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net

Monday, August 27, 2012

SOLAT

Pejuang Syria sedang solat di Salehedine, Aleppo. Gambar diambil 5 hari yang lalu.

Tahukah anda bahawasanya orang yg tidak solat adalah lebih teruk dan jahat daripada Iblis?

Hah!!Jangan cepat melenting..baca dulu baru fikir..

Iblis sewaktu di Syurga dahulu sangat taat beribadat kepada Allah SWT selama 80 ribu tahun lamanya sehinggakan semua para Malaikat berbangga dengan Iblis malah Allah SWT mengangkat darjat Iblis menjadi ketua semua para malaikat..hebat bukan..Kini Allah SWT  meletakkan darjat Iblis ini kedudukan paling hina kerana satu perkara..Enggan sujud kepada Nabi Adam as.. kini manusia diperintahkan utk sujud kepada Allah SWT sebanyak 5 kali sehari semalam tapi masih ada yang ingkar dan enggan. Allah SWT memerintahkan iblis sujud kepada Nabi Adam hanya sekali suruhan sahaja  tetapi Iblis ingkar dan terus dilaknat oleh Allah SWT..Bayangkan bagaimana pula manusia yg ingkar untuk sujud kpd Allah? Owh betapa murkanya Allah SWT..nauzubillah...



Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar.

Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut.



Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)

Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).

Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Segolongan ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.

Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.

Oleh itu kerjakanlah solat dan semoga kita semua khusyuk dalam solat.


Sumber :
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/05/hukum-meninggalkan-solat-fardu.html
http://daarulmuaqaamah.blogspot.com/2010/07/tahukah-kamu-perihal-org-yg-tidak-solat.html

EMPAYAR UTHMANIAH

Setibanya ke pejabat pagi tadi, saya singgah sebentar di kamar kerja seorang sahabat. Kelihatan beliau sangat sibuk dan menyatakan yang beliau sepatutnya membaca buku Empayar Uthmaniah untuk mengigati semula fakta-fakta dengan tujuan penyampaian di dalam kuliah nanti. Tapi kerana kesibukan, beliau masih tidak berpeluang berbuat demikian. Terpandang sahaja buku tersebut, teringat saya pada kegemilangan dan kejatuhan empayar tersebut. Sungguh sebak rasa di dada, apabila mengingati bagaimana sistem khilafah di hina oleh Kamal Antartuk durjana. Masih tergambar di mata, buku kegemaran saya sedari remaja mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh. Akan terciptakah semula sejarah kegemilangan itu? InsyaAllah.


Sultan Muhammad Al Fateh, The Young Conquerer - Versi Bahasa Melayu








Kronologi Empayar Uthmaniyyah – rentetan kejatuhan khilafah Islam.

1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan “Pentadbiran Baru”.
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Krimea.
1856M- Berakhirnya Perang Krimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
2012M…….erkk?[/learn_more]



Sumber kronologi kejatuhan Khilafah Uthmaniah : http://muazfaris.com 



JANGAN MENGUMPAT




“Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?”

Sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.”

Ujar Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam lagi: Mengumpat ialah: “Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.”

Lalu ditanyakan:
“Bagaimana kalau ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?”

Jawab Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam: “Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”

Mengumpat merupakan perkara yang tidak mendatangkan kerugian sedikit pun pada orang yang diumpat, malah dosa yang diterima oleh pengumpat. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.







Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.”
(Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua

Sedar atau tidak,mengumpat menunjukkan seseorang itu mempunyai penyakit hati,penyakit yang jika dibiarkan menyebabkan hati makin kelam dan gelap,dan makin susah untuk dibersihkan melainkan bertaubat dan memohon maaf dari orang yang diumpat.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)



Apakah punca utama seseorang itu mengumpat?

Antara sebabnya ialah wujudnya hasad dengki,benci-membenci yang menghasilkan umpatan.
Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ada menerangkan antara faktor yang menyebabkan timbulnya perasaan hasad ini.Secara ringkasnya antara faktor wujudnya persaaan hasad itu adalah seperti :

i)            Perasaan Permusuhan dan Kebencian
ii)      Merasa Diri Mulia
iii)     Takabbur
iv)      Ujub
v)       Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
vi)      Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
vii)     Busuk Hati

Menghadapi golongan pendengki dan pengumpat menyebabkan timbul rasa marah dan sakit hati.Tapi kalau seseorang yang diumpat itu marah balik dan membalas perbuatan pendengki dan pengumpat itu,apa bezanya mereka dengan golongan yang tersebut?

Ingatlah sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam yang bermaksud:
“Tidak ada satu penanggungan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seseorang. Mana-mana perasaan marah yang dikawal oleh seseorang semata-mata kerana Allah nescaya Allah akan penuhkan batinnya dengan keimanan."

Selalulah bersabar dalam solat supaya tidak membawa perkara tersebut di dalam solat yang boleh mengganggu kekusyukan solat,berdoa memohon dari Allah daripada kejahatan orang lain.

Langit Pertama Dosa Mengumpat


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. 

Sumber :



Bacaan lanjut:
Bahtera Penyelamat karangan ustaz Fathi Yakan
Kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali



Sunday, August 26, 2012

JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK TONTON DAN BACA HARRY POTTER


Pada bulan puasa baru-baru ini ada sekali saya terlihat anak-anak sedang menonton cerita Harry Potter di televisyen.  Saya terus melarang mereka menonton cerita itu. Bagi saya cerita Harry potter adalah berkenaan dengan sihir, mitos dan mengandungi unsur-unsur paganisme. Saya risau jikalau anak-anak saya yang masih kecil akan terpengaruh bahawa dengan sihir, bermacam-macam masalah boleh selesai. Mungkin ada yang berkata, ia hanyalah hiburan yang tidak memberi apa-apa kesan. Tetapi kita perlu ingat, antara agenda-agenda musuh Islam ialah mempengaruhi pemikiran dan minda anak-anak menerusi filem-filem seperti ini.



Cara yang amat menarik untuk melakukan kerja-kerja mempengaruhi minda kanak-kanak, tapi amat merbahaya dan amat negatif. Seperti kata seorang penyajak Muslim, Muhammad Iqbal, “Aridity of logic cannot overwhelm the beauty of poetry.”

Disamping itu juga begitu banyaksimbol-simbol illuminati dan freemason dalam filem Harry Potter. Bagi sesiapa yang tahu mengenai illuminati dan freemason, maka tentu sekalitahu tentang bahayanya simbol-simbol ini.







KEKEJAMAN ASSAD DI DARAYA, SYRIA

Tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata. Lihatlah video ini dan selamilah penderitaan mereka dibedil selama 5 hari berturut-turut. Mereka tidak dapat keluar dari sana dan bantuan tidak dapat masuk akibat dihalang tentera Assad terkutuk. 


Friday, August 24, 2012

KEMUSNAHAN BESAR-BESARAN DI HOMS OLEH TENTERA ASSAD

Agak sukar diterima akal, tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan. Bodoh sungguh tindakan Assad, memusnahkan negaranya sendiri hingga ke skala yang sukar diterima akal yang waras. Lihatlah video ini, yang di postkan lnknya ke email saya. Kemusnahan yang sungguh teruk di Homs akibat di bedil oleh tentera Assad terkutuk. Pemandangan yang sama juga boleh dilihat di lain-lain kawasan yan di bedil Assad.

SITUASI DI BANDAR ALHARRAK, DAR'AA

 
Penduduk Bandar Alharrak Yang Disiksa Dan Dibunuh
 
 


Dipetik dari : SNN Report | Situation on the Ground | Dar’aa | Alharrak | 24/08/2012

Selama tujuh hari berturut-turut bandar Alharrak di Dar’aa menyaksikan pembedilan besar-besaran dan pembunuhan yang dilakukan oleh tentera Assad. Kereta-kereta kebal telah membedil dan menyebabkan kematian pada hari ini sahaja seramai 90 orang. Ada yang diculik oleh pihak rejim dan mereka seperti biasanya akan disiksa dengan siksaan yang sungguh kejam dan ada yang dibakar hidup-hidup. Tentera pejuang masih berjuang bermati-matian didalam Bandar tersebut. Walaupun terkepung mereka tidak pernah menyerah kalah dan berjuang bermati-matian mempertahankan dan melindungi saki baki penduduk yang ada di situ. Penduduk sudah dimaklumkan jika tentera pejuang gagal dalam usaha mempertahankan Bandar itu, tentera rejim akan melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap mereka.

Monday, August 20, 2012

SYRIA TERUS DISERANG PADA HARI LEBARAN



Latakia, Syria terus dibom pada hari lebaran. Walau pun begitu, masjid-masjid terus bertakbir, memuji Allah yang Esa walau di celah-celah letupan bom.

Sementara itu pertempuran sengit terus berlaku di lain-lain tempat. Antara yang sempat dirakamkan ialah di Homs. Saksikanlah video ini untuk lebih memahami perjuangan mereka ini yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan tentera musuh. Mereka hanya berharap pada Allah SWT.


Sunday, August 19, 2012

VIDEO KLIP TERBARU: PENDERITAAN RAKYAT SYRIA







BREAKING NEWS: PERTEMPURAN SENGIT DI DARAA, SYRIA

Jenazah-jenazah yang dikebumikan di Daraa beberapa hari lepas. Dijangka korban akan terus meningkat.


Kanak-kanak di Daraa terus terseksa

Daraa terus di bom berterusan tanpa henti


Daraa: Hrak: Tentera Pembebasan Syria (FSA) menghadapi tentangan  yang amat sengit dari tentera Assad terkutuk.  FSA berhadapan dengan pasukan tentera Syria yang mempunyai kekuatan lebih 120 buah kereta kebal dan 50 keretaperisai dan lebih dari 10,000 tentera yang cuba memecah masuk ke Daraa yang sedang dikuasai oleh FSA. 

Sementara itu, Hospital Kebangsaan di situ telah dibom oleh pesawat pejuang. Ia memang sengaja dijadikan target. Assad menjadikan para doktor sebagai target selain dari orang awam. Mereka betul-betul kejam. Doakanlah semoga mereka yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah berjaya. 

JUMLAH YANG SYAHID DI SYRIA SEPANJANG BULAN RAMADHAN



Grid ini menunjukkan jumlah yang syahid di bumi Syria dalam sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini.