Tuesday, May 19, 2015

KURSUS BLOG


HADIS PALSU

Hadis Palsu




"Tuntutlah Ilmu Walau Ke negara China"

Ulasan :
Hadis ini dimasukkan dalam senarai hadis palsu oleh kebanyakkan tokoh hadis dalam buku-buku karangan mereka, antaranya ialah:

Al-Jarrahi dalam kitab Kashf al-Khafa'.
Al-Albani dalam kitab Silsilah Ahadith al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah
Ibn Arraq al-Kanni dalam Kitab Tanzih al-Syari'ah.
Ali al-Qari dalam kitab al-Maudhua'at al-Kabir
Al-Ajluni dalam kitab Kash al-Khafa'
Mereka semua menukilkan kata-kata tokoh sarjana islam , ibn Taimiyah yang menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.

Hadis ini dihukum sebagai hadis palsu kerana kecacatan yang terdapat pada sanadnya. Dalam sanad hadis ini ada seorang pelopor yang bernama Abu Atikah Tharif bin Sulaiman , beliau adalah seorang yang lemah ingatan dan tergolong sebagai salah seorang yang memalsukan hadis.
Hadis palsu ini sering disebut dengan tujuan menggalakkan orang ramai supaya bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu. Malang sekali ia adalah palsu.


Terdapat juga sebahagian orang yang menggunakan hadis ini dan berhujah bahawa Rasullulah saw menggalakkan kita supaya menuntut ilmu sehingga ke negara China. Ini adalah fahaman yang salah (tidak tepat).

Thursday, April 10, 2014

Makluman

Pada mana-mana pelanggan yang pernah membeli dengan saya atau mana-mana individu yang beli emas dan sekarang pelaburan anda tidak mendatangkan hasil kerana mungkin masa anda beli harga tinggi tapi sekarang harga rendah, boleh hubungi saya supaya dapat kita bincang untuk bagaimana untuk memberi  keuntungan dengan emas yang ada ditangan anda.  Boleh hubungi atau whatsapp saya di 013-430 6899 atau email norfadzilah.mohdtaib@gmail.com.

Monday, December 30, 2013

SYRIA TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA

"Kami sedang hidup didalam situasi tiada siapa pun mampu bertahan!" . Begitulah wanita berusia 73 tahun ini memulakan perbicaraannya. "Saya kini sedang hidup dalam tempoh yang paling sukar sepanjang hidup saya. Saya mempunyai tekanan darah tinggi, masalah tiroid dan kekurangan Kalsium. Saya tidak mendapat rawatan perubatan kerana tiada bantuan perubatan yang sampai kesan daripada pengepungan yangberterusan.." rintih wanita ini lagi.


Beginilah keadaan orang awam dikepung di kawasan-kawasan selatan Damsyik. Melebihi 1.5 juta orang yang dikepung oleh tentera Assad selama lebih daripada satu tahun. Mereka benar-benar terasing daripada erti kehidupan yang sebenar. Mereka kini telah menjadi tanggungjawab kita bersama.

Siapa Almarhum Habib Munzir Fuad Al-Musawwa?


Mohd Ali Atan : mohdaliatan7@gmail.com

MASTIKA Januari 2014

TANGGAL 15 September 2013 pukul 3.30 petang di Rumah Sakit Cipto Mangunkusumo, Jakarta Indonesia, pulanglah Habib Munzir Fuad Al-Musawa ke hadrat Ilahi pada usia 40 tahun.

Pemergiannya dalam usia yang begitu muda ditangisi umat Islam di seluruh dunia. Kehadirannya telah memberikan inspirasi kepada jutaan orang di muka bumi ini. Menatap wajahnya sahaja memberikan ketenangan apatah lagi menghadiri majlis zikir dan  nasihatnya.

Sifat rendah diri, pemalu dan lemah lembut, itulah antara akhlak mulia Habib Munzir al-Musawwa. Tetapi karamahnya banyak membantu masyarakat. Misalnya tujuh tahun lalu ketika Gunung Papandayan hampir meletus Habib Munzir pergi ke gunung berapi itu lalu berdoa.





Kemudian Habib Munzir melemparkan jubahnya ke kawah yang sedang bergelojak dengan lahar panas. Subhanallahl Gunung berapi itu tidak meletus hingga sekarang!

Pernah Habib Munzir ziarah ke Wilayah Beji Depok yang terkenal dengan sihir dan dukun santet untuk mengadakan majlis zikir dan selawat. Keesokan harinya seorang dukun hitam yang terkenal jahat datang menemui panitia majlis.

“Aku mahu jumpa tuan guru yang buat maulud nabi di sini! Aku mempunyai empat jin khadam. Semalam mereka lenyap. Lalu subuh tadi aku lihat jin khadamku sudah pakai baju putih dan serban masuk Islam.”

Dukun hitam itu bertanya kepada jin khadamnya kenapa masuk Islam.

Jawab mereka, “Apakah juragan tidak tahu? Semalam ada Rasulullah s.a.w  hadir di majlis zikir Habib Munzir!”

Pernah juga seorang dukun yang tercari-cari ke mana perginya dua ekor harimau jadi-jadian yang menjaga rumahnya. Akhirnya dukun hitam itu menemui jin khadamnya sedang duduk bersimpuh di depan pintu masjid mendengarkan ceramah Habib Munzir.

Demikian pula berlaku pada murid Habib Munzir hendak berangkat ke Cirebon yang terkenal dengan ahli santet. Murid Habib Munzir bimbang untuk keluar berdakwah di daerah tersebut.

Habib Munzir menepuk bahu muridnya dan berkata, “Ma’aan nabiyy! Berangkatlah, Rasulullah s.a.w. bersama kalian!”

Lalu berangkatlah mereka sambil mengalunkan selawat dan maulud nabi. Tiba-tiba terjadi ribut hingga menggoncang rumah yang mereka duduki dengan dahsyat. Lantas mereka berdoa mohon perlindungan daripada Allah. Ajaibnya apabila ribut mereda terdengarlah bunyi ledakan bola api di luar rumah menandakan santet yang mahu dikirim kepada mereka telah musnah.

Habib Munzir juga pernah berkunjung ke Bali dan ditempatkan di rumah bersebelahan dengan kediaman Raja Dukun Leak di Bali. Keesokan harinya Raja Leak itu berkata
“Saya mencium haruman daripada Raja Pulau Jawa ada di sekitar sini semalam”





Siapa Habib Munzir?

Habib Munzir dilahirkan pada 23 Februari 1973 di Cipanas Cianjur, Jawa Barat. Putera kepada Fuad Abdurrahman Al-Musawa  dan Rahmah Hasyim Al-Musawa. Ayahnya, Fuad mantan pelajar Universiti New York, Amerika Syarikat dan wartawan di akhbar Berita Buana.

Namun Habib Munzir lebih cenderung kepada pengajian ilmu agama. Selepas tamat sekolah menengah atas, Habib Munzir menekuni  ilmu syariah Islam di Ma’had Assaqafah Al Habib Abdurrahman Assegaf di Bukit Duri Jakarta Selatan. Billau juga mengambil kursus Bahasa Arab di LPBA Assalafy Jakarta Timur.
  
Habib Munzir mendalami lagi ilmu syariah islamiah di Ma’had Al Khairat,  Bekasi Timur yang dipimpin oleh Habib Naqib Muhammad bin Syeikh Abu Bakar bin Salim.

Beliau banyak menimba ilmu di Maahad al-Khairat dan di sinilah beliau  kenal dengan Habib Umar bin Hafidz pemimpin Ma’had Darul Mustafa di Tarim, Hadhramaut Yemen pada tahun 1994.

Selama empat tahun Habib Munzir mendalami ilmu fikah, ilmu tafsir al-Quran, ilmu hadis, ilmu sejarah, ilmu tauhid, ilmu tasawuf, mahabbaturrasul, ilmu dakwah, dan ilmu syariah lainnya.

Selepas tamat pengajian Habib Munzir membuka majlis zikir pada setiap malam Selasa dan memimpin Ma’had Assa’adah, yang diwakafkan oleh Al Habib Umar bin Hud Alattas di Cipayung.

Malangnya orang ramai kurang berminat mengikuti pengajiannya. Sang Habib mengubah strategi dakwahnya daripada menyampaikan permasalahan fikah yang rumit kepada nasihat secara berhikmah berdasarkan ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi s.a.w.

Tidak cukup dengan itu, nasihat yang berhikmah dilembutkan lagi dengan untaian bahasa yang indah hasil luapan kecintaan dan kasih kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Habib Munzir bukan seperti ustaz lain yang selesa menyampaikan ilmu di masjid dan tempat tertentu sahaja. Beliau sanggup turun ke tengah umat dan duduk mendengar bagi membantu  menyelesaikan masalah mereka.

Tidak kira siang dan malam Habib Munzir berdakwah dari rumah ke rumah di Jakarta. Masuk ke merata ceruk dan daerah pedalaman yang pernah sampai Islam kepada penduduknya.




Sang Habib tidur di mana-mana sahaja. Bahkan pernah tertidur di teras (porch) rumah orang kerana penghuni rumah sudah tidur dan beliau tidak mahu membangunkan mereka di tengah malam.

Melalui jubah dan serban putih serta kitab-kitab yang dikeleknya Habib Munzir sanggup naik turun  bas mencari sesiapa jua untuk menyampaikan dakwah.

Misi Sang Habib ialah menyeru orang ramai bertaubat kepada Allah dengan mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w. dan mencontohi akhlaknya.

Hasilnya amat memberangsangkan.Semakin ramai hadirin membanjiri setiap majlis zikir dan nasihat yang diadakan Habib Munzir. Masjid dan surau yang menjadi lokasi majlis zikir dan nasihat berhikmahnya pun dipenuhi jemaah dari segenap lapisan masyarakat. Lalu timbullah permintaan agar majlis sang Habib diberikan nama khusus untuknya.

“Majelis Rasulullah!” jawab Habib spontan sambil tersenyum menawan.

Hal ini kerana kesemua fokus majlis adalah berkaitan zikrullah dan nasihat berhikmah daripada sirah dan sunnah Rasulullah s.a.w. demi menggapai keimanan sejati.

Majlis Rasulullah pun dianjurkan di Masjid Raya Al-Munawar Pancoran Jakarta Selatan, Masjid Raya At Taqwa Pasar Minggu Jakarta Selatan, Masjid Raya At Taubah Rawa Jati Jakarta Selatan, dan Maahad Darul Ishlah Pimpinan KH. Amir Hamzah di Jalan Raya Buncit Kalibata Pulo.

Hadirin yang ramai mengundang cemuhan manusia yang dengkikan dakwah Habib Munzir apatah lagi golongan Wahabi yang tidak suka maulud nabi kerana bagi mereka ia suatu bidaah.

Namun Habib Munzir tidak pernah membalas cemuhan mereka walaupun beliau boleh melakukannya. Bagi mengelakkan sebarang kesulitan maka Habib Munzir mengadakan Majlis Rasulullah pada setiap malam Selasa di Masjid Raya Al-Munawar Pancoran di Jakarta Selatan. Itu pun 10,000 hadirin menghadiri Majlis Rasululah setiap minggu!


Tersebarlah kemasyhuran Habib Munzir dan Majlis Rasulullah di sepanjang Pantai Utara Pulau Jawa dan Pantai Selatan, Bali, Mataram, Irian Barat, Singapura, Malaysia, Amerika, Jerman dan lain-lain negara.

Jenazah tokoh disayangi ramai itu disolatkan untuk kali terakhir
Banyak stesen televisyen menyiarkan tentang Majlis Rasulullah hingga terbinanya laman sesawang   www.majelisrasulullah.org.

Hingga kini lebih sepuluh ribu masalah agama telah dijawab oleh Habib Munzir dengan bahasa yang indah dengan penah kasih sayang hingga menarik kunjungan jutaan umat Islam di seluruh dunia.

Bagi Mastika amat molek para ulama dan ustaz di negara kita mencontohi dakwah yang dilakukan oleh Habib Munzir. Ajaibnya Habib Munzir tidak pernah duduk di kerusi empuk dan bilik berhawa dingin menerima gaji setiap bulan sahaja.

Habib Munzir memuliakan saudaranya dan tidak segan-segan memaut bahu orang jahil untuk berdakwah. Dakwah Habib Munzir juga tidak terikat waktu pejabat!
Syabas Habib Munzir semoga pemergianmu diganti Allah den seribu kelahiran insan pendakwah sepertimu!

Bersama taburan bunga mawar bersemadilah Habib Munzir Musawa yang amat kami kasihi  dengan aman. Semoga kami dapat bersama Habib Munzir di dalam khemah Rasulullah saw dan mendapat syafaat baginda di  padang mahsyar kelak! Amin

Ribuan pengikut mengiringi jenazah Habib Munzir untuk disemadikan







Tuesday, October 15, 2013

DARI MALAYSIA KE SYRIA



1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?

Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad. Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.


2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?

Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga diketahui umum setelah Khomainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.



3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?

Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga, Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.


4) Apa pula hubungan ٌRejim Syria dengan Israel?

Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan Bukit Golan dll.

Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.

Sumber : http://hasnulhadiahmad.com/kanak-kanak-di-bunuh-kejam-oleh-rejim-basyar/

Thursday, October 3, 2013

KERACUNAN MAKANAN DI KENDURI DI TANJUNG DAWAI

Bakteria Salmonela




2 Oktober 2013- Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian, BERNAMA dipetik.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk.

Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak.

Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa.

"Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella.Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya.

Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk.

“Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Pada Isnin, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala semalam (Selasa) seorang lagi meninggal dunia.Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang.

Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin.

Semalam, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbokdisahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi kelmarin.

Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang.

Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang.

Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital.