Friday, August 10, 2012

KUIH RAYA





Minggu lepas sudah kelihatan kawan-kawan sepejabat saya menjinjing pulang kuih-kuih raya yang mereka tempah dari rakan sepejabat. Memang sudah menjadi lumrah wanita berkejaya sekarang ini, membeli kuih raya dari membuat sendiri.  Ini adalah kerana kekangan masa dan juga apabila sudah penat bekerja, mood hendak buat kuih raya pun sudah terpadam.

Melihat pada kawan2 saya yang mebuat pesanan kuih raya, ada yg sampai order 7-8 jenis biskut raya seorang. Banyak juga tu. Harga dalam RM23-RM25 untuk 50 biji. Ada yang hendak dibawa pulang ke kampung, untuk mak mertua dan sebagainya.

Saya pula akan membuat sendiri biskut raya dan yang lain seperti rempeyek dan kacang sahaja yang akan saya beli. Saya bercadang untuk membuat 3 jenis biskut raya. Tetapi dalam kuantiti yang banyak. Kenapa hanya 3 jenis? Kerana bila saya hanya membuat 3 jenis biskut sahaja tetapi dalam kuantiti yang banyak, saya dapat membeli bahan-bahannya dengan harga yang lebih murah kerana saya beli dalam pek2 yang lebih besar. Saya juga terpaksa membuat dalam kuantiti yang banyak kerana hendak diberi pada ibu mertua, ibu saya sendiri, emak saudara sebelah suami, dan juga untuk diri saya sendiri.  Lepas itu kebiasaannya saya akan beli rempeyek dan kacang. Membuat puding dan kek. Jadi saya sudah ada 7 jenis juadah untuk hidangan  hari raya. Dan ditambah dengan rendang Rembau (kg sebelah ayah saya) dan juga lemang, Wah , bukannya sudah cukup banyak.

Bagi sesiapa yang mahu buat sendiri kuih raya tetapi sibuk dengan tugasan pejabat boleh lah mencuba resepi ini. Setakat yang saya mencuba, resepi dari Kak Fida ini, InsyAllah, semuanya menjadi. Selamat mencuba. Klik link untuk pergi ke resepi.

No comments:

Post a Comment