Monday, August 27, 2012

SOLAT

Pejuang Syria sedang solat di Salehedine, Aleppo. Gambar diambil 5 hari yang lalu.

Tahukah anda bahawasanya orang yg tidak solat adalah lebih teruk dan jahat daripada Iblis?

Hah!!Jangan cepat melenting..baca dulu baru fikir..

Iblis sewaktu di Syurga dahulu sangat taat beribadat kepada Allah SWT selama 80 ribu tahun lamanya sehinggakan semua para Malaikat berbangga dengan Iblis malah Allah SWT mengangkat darjat Iblis menjadi ketua semua para malaikat..hebat bukan..Kini Allah SWT  meletakkan darjat Iblis ini kedudukan paling hina kerana satu perkara..Enggan sujud kepada Nabi Adam as.. kini manusia diperintahkan utk sujud kepada Allah SWT sebanyak 5 kali sehari semalam tapi masih ada yang ingkar dan enggan. Allah SWT memerintahkan iblis sujud kepada Nabi Adam hanya sekali suruhan sahaja  tetapi Iblis ingkar dan terus dilaknat oleh Allah SWT..Bayangkan bagaimana pula manusia yg ingkar untuk sujud kpd Allah? Owh betapa murkanya Allah SWT..nauzubillah...



Hukum meninggalkan solat fardu dengan sengaja tanpa keuzuran yang dibenarkan oleh syarak adalah haram dan berdosa besar.

Pelaku wajib segera memohon keampunan kepada Allah (istighfar) dan bertaubat. Jumhur ulamak mengatakan wajib qada' (ganti) solat tersebut.



Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Perjanjian di antara kita orang Islam dan orang kafir ialah solat dan sesiapa meninggalkan solat sesungguhnya dia telah menjadi seorang kafir. (HR al-Tirmidzi)

Nabi shalallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya yang membezakan antara seseorang dengan kesyirikkan dan kekufuran adalah dengan meninggalkan solat". (HR Muslim)

Diterangkan oleh An-Nawawi bahawasanya orang yang meninggalkan solat dengan menolak atau mengingkari kewajipan solat, dipandang telah menjadi kafir, telah terkeluar dari Islam. (ijma' ulamak Islam).

Jika dia meninggalkan solat kerana malas atau lalai tetapi masih mengi'tikadkan kewajiban solat itu atas dirinya, maka Imam Malik dan Asy Syafi'i menetapkan bahawa orang itu tidak kafir, hanya dipandang fasik (melakukan dosa besar) dan disuruh bertaubat. Jika dia tidak mahu bertaubat, nescaya dibunuh, selaku suatu hukuman yang mesti dijalankan.

Segolongan ulamak salaf, diantaranya Ahmad dan Ishaq menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat telah kafir dan dihukum bunuh selaku seorang kafir.

Abu Hanifah dan al-Muzany menetapkan bahawa orang yang meninggalkan solat tidak dikafirkan dan tidak dibunuh, hanya dipenjarakan dan dita'zirkan sehingga dia kembali mengerjakan solat.

Oleh itu kerjakanlah solat dan semoga kita semua khusyuk dalam solat.


Sumber :
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2012/05/hukum-meninggalkan-solat-fardu.html
http://daarulmuaqaamah.blogspot.com/2010/07/tahukah-kamu-perihal-org-yg-tidak-solat.html

EMPAYAR UTHMANIAH

Setibanya ke pejabat pagi tadi, saya singgah sebentar di kamar kerja seorang sahabat. Kelihatan beliau sangat sibuk dan menyatakan yang beliau sepatutnya membaca buku Empayar Uthmaniah untuk mengigati semula fakta-fakta dengan tujuan penyampaian di dalam kuliah nanti. Tapi kerana kesibukan, beliau masih tidak berpeluang berbuat demikian. Terpandang sahaja buku tersebut, teringat saya pada kegemilangan dan kejatuhan empayar tersebut. Sungguh sebak rasa di dada, apabila mengingati bagaimana sistem khilafah di hina oleh Kamal Antartuk durjana. Masih tergambar di mata, buku kegemaran saya sedari remaja mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh. Akan terciptakah semula sejarah kegemilangan itu? InsyaAllah.


Sultan Muhammad Al Fateh, The Young Conquerer - Versi Bahasa Melayu








Kronologi Empayar Uthmaniyyah – rentetan kejatuhan khilafah Islam.

1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.
1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
1526M- Perang Mohacs
1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
1571M- Perang Lepanto berlaku.
1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
1792M- Perjanjian Jassy.
1793M- Sultan Selim III mengumumkan “Pentadbiran Baru”.
1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
1829M- Perjanjian Adrianople.
1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
1841M- Konvensyen Selat.
1853M- Bermulanya Perang Krimea.
1856M- Berakhirnya Perang Krimea.
1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
1912M- Perang Balkan pertama.
1913M- Perang Balkan kedua.
1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.
1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
2012M…….erkk?[/learn_more]



Sumber kronologi kejatuhan Khilafah Uthmaniah : http://muazfaris.com 



JANGAN MENGUMPAT




“Tahukah kalian apa ertinya mengumpat?”

Sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.”

Ujar Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam lagi: Mengumpat ialah: “Engkau mengatakan tentang saudaramu sesuatu yang tidak disukainya.”

Lalu ditanyakan:
“Bagaimana kalau ada sesuatu yang patut saya kata tentang saudara saya itu?”

Jawab Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam: “Sekiranya apa yang engkau sebutkan tentang saudaramu itu betul-betul ada padanya, maka itu bermakna engkau telah mengumpatnya tetapi jika tidak betul maka itu bererti engkau telah mengada-adakan kebohongan terhadapnya.”

Mengumpat merupakan perkara yang tidak mendatangkan kerugian sedikit pun pada orang yang diumpat, malah dosa yang diterima oleh pengumpat. Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.







Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Mengumpat itu lebih buruk daripada zina. Sahabat bertanya bagaimana? Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam menjawab: seorang yang berzina itu kalau bertaubat mungkin taubatnya itu diterima oleh Allah. Akan tetapi orang yang mengumpat tidak akan Allah ampunkan dosanya sehinggalah orang yang diumpatinya itu memaafkannya.”
(Hadith riwayat Tabrani dan Baihaqi)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua

Sedar atau tidak,mengumpat menunjukkan seseorang itu mempunyai penyakit hati,penyakit yang jika dibiarkan menyebabkan hati makin kelam dan gelap,dan makin susah untuk dibersihkan melainkan bertaubat dan memohon maaf dari orang yang diumpat.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)



Apakah punca utama seseorang itu mengumpat?

Antara sebabnya ialah wujudnya hasad dengki,benci-membenci yang menghasilkan umpatan.
Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin ada menerangkan antara faktor yang menyebabkan timbulnya perasaan hasad ini.Secara ringkasnya antara faktor wujudnya persaaan hasad itu adalah seperti :

i)            Perasaan Permusuhan dan Kebencian
ii)      Merasa Diri Mulia
iii)     Takabbur
iv)      Ujub
v)       Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan
vi)      Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti
vii)     Busuk Hati

Menghadapi golongan pendengki dan pengumpat menyebabkan timbul rasa marah dan sakit hati.Tapi kalau seseorang yang diumpat itu marah balik dan membalas perbuatan pendengki dan pengumpat itu,apa bezanya mereka dengan golongan yang tersebut?

Ingatlah sabda Rasulullah sallallahu’alaihi wasallam yang bermaksud:
“Tidak ada satu penanggungan yang lebih dikasihi Allah daripada seteguk kemarahan yang ditelan oleh seseorang. Mana-mana perasaan marah yang dikawal oleh seseorang semata-mata kerana Allah nescaya Allah akan penuhkan batinnya dengan keimanan."

Selalulah bersabar dalam solat supaya tidak membawa perkara tersebut di dalam solat yang boleh mengganggu kekusyukan solat,berdoa memohon dari Allah daripada kejahatan orang lain.

Langit Pertama Dosa Mengumpat


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat. 

Sumber :



Bacaan lanjut:
Bahtera Penyelamat karangan ustaz Fathi Yakan
Kitab Ihya Ulumuddin karangan Imam Al-Ghazali



Sunday, August 26, 2012

JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK TONTON DAN BACA HARRY POTTER


Pada bulan puasa baru-baru ini ada sekali saya terlihat anak-anak sedang menonton cerita Harry Potter di televisyen.  Saya terus melarang mereka menonton cerita itu. Bagi saya cerita Harry potter adalah berkenaan dengan sihir, mitos dan mengandungi unsur-unsur paganisme. Saya risau jikalau anak-anak saya yang masih kecil akan terpengaruh bahawa dengan sihir, bermacam-macam masalah boleh selesai. Mungkin ada yang berkata, ia hanyalah hiburan yang tidak memberi apa-apa kesan. Tetapi kita perlu ingat, antara agenda-agenda musuh Islam ialah mempengaruhi pemikiran dan minda anak-anak menerusi filem-filem seperti ini.



Cara yang amat menarik untuk melakukan kerja-kerja mempengaruhi minda kanak-kanak, tapi amat merbahaya dan amat negatif. Seperti kata seorang penyajak Muslim, Muhammad Iqbal, “Aridity of logic cannot overwhelm the beauty of poetry.”

Disamping itu juga begitu banyaksimbol-simbol illuminati dan freemason dalam filem Harry Potter. Bagi sesiapa yang tahu mengenai illuminati dan freemason, maka tentu sekalitahu tentang bahayanya simbol-simbol ini.







KEKEJAMAN ASSAD DI DARAYA, SYRIA

Tidak dapat saya luahkan dengan kata-kata. Lihatlah video ini dan selamilah penderitaan mereka dibedil selama 5 hari berturut-turut. Mereka tidak dapat keluar dari sana dan bantuan tidak dapat masuk akibat dihalang tentera Assad terkutuk. 


Friday, August 24, 2012

KEMUSNAHAN BESAR-BESARAN DI HOMS OLEH TENTERA ASSAD

Agak sukar diterima akal, tapi itulah hakikat yang terpaksa ditelan. Bodoh sungguh tindakan Assad, memusnahkan negaranya sendiri hingga ke skala yang sukar diterima akal yang waras. Lihatlah video ini, yang di postkan lnknya ke email saya. Kemusnahan yang sungguh teruk di Homs akibat di bedil oleh tentera Assad terkutuk. Pemandangan yang sama juga boleh dilihat di lain-lain kawasan yan di bedil Assad.

SITUASI DI BANDAR ALHARRAK, DAR'AA

 
Penduduk Bandar Alharrak Yang Disiksa Dan Dibunuh
 
 


Dipetik dari : SNN Report | Situation on the Ground | Dar’aa | Alharrak | 24/08/2012

Selama tujuh hari berturut-turut bandar Alharrak di Dar’aa menyaksikan pembedilan besar-besaran dan pembunuhan yang dilakukan oleh tentera Assad. Kereta-kereta kebal telah membedil dan menyebabkan kematian pada hari ini sahaja seramai 90 orang. Ada yang diculik oleh pihak rejim dan mereka seperti biasanya akan disiksa dengan siksaan yang sungguh kejam dan ada yang dibakar hidup-hidup. Tentera pejuang masih berjuang bermati-matian didalam Bandar tersebut. Walaupun terkepung mereka tidak pernah menyerah kalah dan berjuang bermati-matian mempertahankan dan melindungi saki baki penduduk yang ada di situ. Penduduk sudah dimaklumkan jika tentera pejuang gagal dalam usaha mempertahankan Bandar itu, tentera rejim akan melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap mereka.

Monday, August 20, 2012

SYRIA TERUS DISERANG PADA HARI LEBARAN



Latakia, Syria terus dibom pada hari lebaran. Walau pun begitu, masjid-masjid terus bertakbir, memuji Allah yang Esa walau di celah-celah letupan bom.

Sementara itu pertempuran sengit terus berlaku di lain-lain tempat. Antara yang sempat dirakamkan ialah di Homs. Saksikanlah video ini untuk lebih memahami perjuangan mereka ini yang serba kekurangan jika dibandingkan dengan tentera musuh. Mereka hanya berharap pada Allah SWT.


Sunday, August 19, 2012

VIDEO KLIP TERBARU: PENDERITAAN RAKYAT SYRIA







BREAKING NEWS: PERTEMPURAN SENGIT DI DARAA, SYRIA

Jenazah-jenazah yang dikebumikan di Daraa beberapa hari lepas. Dijangka korban akan terus meningkat.


Kanak-kanak di Daraa terus terseksa

Daraa terus di bom berterusan tanpa henti


Daraa: Hrak: Tentera Pembebasan Syria (FSA) menghadapi tentangan  yang amat sengit dari tentera Assad terkutuk.  FSA berhadapan dengan pasukan tentera Syria yang mempunyai kekuatan lebih 120 buah kereta kebal dan 50 keretaperisai dan lebih dari 10,000 tentera yang cuba memecah masuk ke Daraa yang sedang dikuasai oleh FSA. 

Sementara itu, Hospital Kebangsaan di situ telah dibom oleh pesawat pejuang. Ia memang sengaja dijadikan target. Assad menjadikan para doktor sebagai target selain dari orang awam. Mereka betul-betul kejam. Doakanlah semoga mereka yang berjuang untuk menegakkan kalimah Allah berjaya. 

JUMLAH YANG SYAHID DI SYRIA SEPANJANG BULAN RAMADHAN



Grid ini menunjukkan jumlah yang syahid di bumi Syria dalam sepanjang bulan Ramadhan baru-baru ini.

Friday, August 17, 2012

UPDATE SYRIA 16 OGOS 2012





Sudah menjadi kebiasaan tentera Assad terkutuk menangkap rakyat Syria dan dibawa entah ke mana. Bukan sahaja orang dewasa malahan kanak-kanak pun ditangkap. Hari ini 60 mayat yang tidakdikenali telah dijumpai oleh orang awam di tempat pembuangan sampah dengan tangan yang terikat.Mayat-mayat tersebut telah dibakar disitu. Sebelum ini juga tentera Assad menangkap kanak-kanak dan menyeksa mereka hingga mati dan adakalanya mayat kanak-kanak tersebut enggan dipulangkan langsung pada keluarga. Tidak diketahui ke mana mereka meletakkan mayat-mayat tersebut

Thursday, August 16, 2012

JIHAD DI SYRIA


Sulaiman bin Fahd Al-Audah mengatakan, "Ibnu Hajar telah memberikan isyarat tentang kewajiban Jihad - dengan makna yang lebih umum - sebagai fardu a'in, maka beliau mengatakan : "Dan juga ditetapkan bahwa jenis jihad terhadap orang kafir itu fardu a'in atas setiap muslim : baik dengan tangannya, lisannya, hartanya ataupun dengan hatinya."
Hadith-hadith yang menerangkan bahwa hukum jihad dalam makna yang umum (dengan tangan, harta atau hati) itu jihad fardu a'in, antara lain :

"Barangsiapa yang mati sedangkan ia tidak berperang, dan tidak tergerak hatinya untuk berperang, maka dia mati diatas satu cabang kemunafikan." (HR Muslim, Abu Daud, Nasai, Ahmad, Abu Awanah danBaihaqi)

"Sesiapa yang tidak berperang atau tidak membantu persiapan orangyang berperang, atau tidak menjaga keluarga orang yang berperang dengan baik, niscaya Allah timpakan kepadanya kegoncangan." Yazid binAbdu Rabbihi berkata : "Didalam hadist yang diriwayatkan ada perkataan "sebelum hari qiamat." (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Darimi,Tabrani, Baihaqi dan Ibnu Asakir)

Dari dua hadith di atas kita mendapat pelajaran bahwa ancaman kematian pada satu cabang kemunafikan dan mendapat goncangan sebelumhari kiamat adalah bagi orang yang tidak berjihad, tidak membantu orang berjihad dan tidak tergerak hatinya untuk berjihad.





APA YANG SEBENARNYA YANG TERJADI DI SYRIA



Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).

Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.


Penyembah Assad syirik

Pengikut Assad menganggap dia nya tuhan

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.

Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka.

Antara kanak-kanak Syria yang di bunuh di Homs


Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.


BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.

1- Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.

2- 39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.

3- Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.

4- 9000 tahanan ditahan.

5- 413 orang telah syahid di dalam penjara.

6- Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.

7- Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.

9- Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.

10- Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel.
.
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau
dengan berdalilkan hadis berikut;

#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid"

- hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU

1- Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.

2- Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.

3- Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....

4- 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.

5- 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?

1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..

2- Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.

3- Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4- Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.

5- Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA

-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Jzkk AKH Abu Abdullah)
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)

sumber FB

Tuesday, August 14, 2012

SENJATA MAKAN TUAN



Krew Tentera Artileery Assad yang sibuk membedil bandar Al Waer di Homs telah mengalami masalah teknikal dan meriam mereka telah terbakar sedndiri menyebabkan tentera=tentera terkutuk itu lari bertempiaran. Peristiwa dirakamkan dari jauh oleh jurugambar Pejuang Syria pada 13 Ogos 2012.

Sunday, August 12, 2012

FREE SYRIAN ARMY


PLUMAS NATIONAL FOREST MASIH TERUS TERBAKAR

 Anggota bomba yang ditugaskan mengawal api di Plumas National Forest.


 Kelihatan seorang anggota bomba cuba membuat garisan pemisah supaya api tidak merebak ke kawasan yang baru.


Api terus marak

Api lagi masih merebak di Plumas National Forest di bahagian utara California , Amerika Syarikat. Kebakaran yang bermula pada 29 Julai itu agak sukar dikawal dengan cuaca panas dan kering sekarang. Setakat ini api telah merebak dan memusnahkan 47 batu persegi hutan simpan tersebut.

Hampir 1000 orang bomba bertungkus lumus cuba mengawal api. Pasukan tambahan juga telah diarahkan membantu, Api juga telah memksa 55 buah isirumah berpindah dikawasan terpencil berhampiran Belden,

Api dijangka berjaya dikawal 31 Ogos ini. Tetapi itu hanyalah jangkaan . Siasatan masih berjalan tentang apakah yang memulakan api ini.


GEMPA BUMI KEMBAR DI IRAN : 227 KEMATIAN DIREKODKAN





Dua gempa bumi kembar telah berlaku di Iran pada Sabtu baru-baru ini. Gempa bumi  telah mengakibatkan 227 orang terbunuh dan lebihkurang 1380 orang cedera di Barat Iran. Angka kematian dan kecederaan mungkin akan meningkat memandangkan kerja-kerja menyelamat masih berjalan semasa berita ini ditulis. Pasukan penyelamat bertungkus lumus mencari mangsa-mangsa yang mungkin terselamat di celah-celah runtuhan.

Gempa kedua terjadi selepas 11 minit gempa yang pertama dengan masing-masing berukuran skala Ricter 6.2 dan 6.0. Berikutan kejadian tersebut, beribu-ribu orang terpaksa tinggal di khemah sementara atau tidur ditepi-tepi jalan berikutan ketakutan untuk berlakunya lebih banyak gempa. Setakat ini dalam 40 gempa bumi susulan telah dikesan.

Enam buah kampung telah musnah dan 60 buah lagi mengalami lebih dari 50% kemusnahan. Lebih 110 kampung terlibat dalam gempa tersebut.


Saturday, August 11, 2012

150 SYAHID DI SYRIA 10 OGOS 2012


Lebihkurang 150 orang syahid di Syria pada 10 Ogos 2012, sebahagian besarnya di Aleppo dan Idlib. Hampir semua kawasan yang dikuasai semula oleh tentera Assad  sebelum ini, jatuh semula ke tangan pejuang kebebasan Syria (FSA), Alhamdulillah. Serangan balas oleh kumpulan pejuang di Salah Eddin di dalam Aleppo ternyata membuahkan hasil namun ramai pejuang yang gugur dalam usaha tersebut. FSA juga berjaya merampas senjata dalam kuantiti yang besar. Ini amat bermakna bagi FSA kerana sebelum ini beberapa negara yang berjanji mahu membekalkan senjata namun satu pun tidak diterima oleh mereka. Ia cumalah janji-janji kosong. FSA akan terus berjuang untuk menegakkan kalimah Allah di bumi Syria dan melindngi rakyat awam walau dengan apa keadaan sekalipun dari serangan-serangan Assad di  Aleppo, Damascus, Deir Ezzor, Homs, Hama, Idlib dan Daraa.

Sementara itu tentera Assad terus menjatuhkan bom-bom pada kawasan penduduk awam termasuklah sekolah sementara mereka juga akan membunuh wanita dan kanak-kanak dari jarak dekat jika ada peluang. Penunjuk perasaan secara aman juga tidak terlepas. Mereka juga akan di bunuh. 


Penunjuk perasaan secara aman menentang tindakan Assad telah dibunuh di Aleppo pada 10 Ogos 2012. Assad tidak membenarkan langsung penentangan terhadapnya walaupun dalam keadaan yang aman dan mereka tidak mempunyai apa-apa senjata.




Pasukan Pejuang Kebebasan Syria (FSA) mencipta sendiri remote control meriam homemade dalam usaha menentang tentera Assad. FSA sudah penat menunggu senjata-senjata yang dijanjikan oleh beberapa negara seperti Arab Saudi. Tentera Assad mempunyai semua peralatan yang canggih termasuk jet-jet pejuang dan helikopter. Tetapi FSA hanya berjuang dengan senapang dan peluru mortal dan beberapa senjata ringan yang lain. Walaupun begitu, mereka masih mampu memberi tentangan yang hebat pada tentera Assad. Allahu Akbar.




Friday, August 10, 2012

KUIH RAYA





Minggu lepas sudah kelihatan kawan-kawan sepejabat saya menjinjing pulang kuih-kuih raya yang mereka tempah dari rakan sepejabat. Memang sudah menjadi lumrah wanita berkejaya sekarang ini, membeli kuih raya dari membuat sendiri.  Ini adalah kerana kekangan masa dan juga apabila sudah penat bekerja, mood hendak buat kuih raya pun sudah terpadam.

Melihat pada kawan2 saya yang mebuat pesanan kuih raya, ada yg sampai order 7-8 jenis biskut raya seorang. Banyak juga tu. Harga dalam RM23-RM25 untuk 50 biji. Ada yang hendak dibawa pulang ke kampung, untuk mak mertua dan sebagainya.

Saya pula akan membuat sendiri biskut raya dan yang lain seperti rempeyek dan kacang sahaja yang akan saya beli. Saya bercadang untuk membuat 3 jenis biskut raya. Tetapi dalam kuantiti yang banyak. Kenapa hanya 3 jenis? Kerana bila saya hanya membuat 3 jenis biskut sahaja tetapi dalam kuantiti yang banyak, saya dapat membeli bahan-bahannya dengan harga yang lebih murah kerana saya beli dalam pek2 yang lebih besar. Saya juga terpaksa membuat dalam kuantiti yang banyak kerana hendak diberi pada ibu mertua, ibu saya sendiri, emak saudara sebelah suami, dan juga untuk diri saya sendiri.  Lepas itu kebiasaannya saya akan beli rempeyek dan kacang. Membuat puding dan kek. Jadi saya sudah ada 7 jenis juadah untuk hidangan  hari raya. Dan ditambah dengan rendang Rembau (kg sebelah ayah saya) dan juga lemang, Wah , bukannya sudah cukup banyak.

Bagi sesiapa yang mahu buat sendiri kuih raya tetapi sibuk dengan tugasan pejabat boleh lah mencuba resepi ini. Setakat yang saya mencuba, resepi dari Kak Fida ini, InsyAllah, semuanya menjadi. Selamat mencuba. Klik link untuk pergi ke resepi.