Wednesday, August 8, 2012

LAGI TENTERA ASSAD BERPALING TADAH



Hari ini, sekumpulan tentera Assad peringkat pegawai telah berpaling tadah dan bergabung dengan Pasukan Pejuang Kebebasan Syria (FSA). Mereka telah mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka yang tidak tahan lagi dengan serangan yang dilakukan ke atas  rakyat Syria sendiri.  Mereka telah mengumumkan tentang pergabungan mereka dengan FSA dalam video di atas.

Setakat ini bukan sahaja tentera darat yang berpaling tadah, tetapi juga tentera udara. Salah seorangnya ialah seorang tentera udara Syria berpangkat kolonel  yang telah berpaling tadah dan melarikan diri ke Jordan bersama-sama dengan pesawat yang dipandunya sekali.  Syria yang bengang  dengan tindakan Kolonel Hassan Hammadeh, 44, menyifatkan beliau sebagai penderhaka dan menuntut supaya pesawat, MIG 21 buatan Russia  mereka dipulangkan semula. Sebelum melarikan diri, kolonel  tersebut telah berjaya memindahkan kaum keluarganya terlebih dahulu.

No comments:

Post a Comment