Monday, August 6, 2012

PERDANA MENTERI SYRIA BERPALING TADAH



Perdana Menteri Syria, Riyad Hijab berjaya melarikan diri ke Jordan dengan bantuan Pejuang Kebebasan Syria






Jeneral Mohammed Ahmed Faris berjaya melarikan diri ke Turki dalam percubaan ke-4


Perdana Menteri Syria , Riyad Hijab, telah berpaling tadah dan melarikan diri ke Jordan bersama-sama dengan keluarganya termasuk dua orang adik-beradiknya yang juga merupakan menteri di Syria. Bekas Menteri Pertanian itu telah dilantik dua bulan yang lepas secara paksa sebagai Perdana Menteri. Assad memberi dua pilihan kepada beliau, samada menerima perlantikan itu atau dihukum bunuh.

Hijab telah merancang untuk melarikan diri lebih dua bulan yang lalu dengan bantuan Pasukan Pejuang Kebebasan Syria (FSA). Sebaik sahaja Assad menyedari Hijab melarikan diri, dia telah mengumumkan bahawa Hijab telah dipecat dari jawatannya. Setakat ini, Hijab merupakan orang yang mempunyai pangkat paling tinggi di Syria yang berpaling tadah.

Sebelum ini, angkasawan pertama Syria Jeneral Mohammed Ahmed Faris, juga telah berpaling tadah dan melarikan diri ke Turki pada Ahad lalu dengan bantuan FSA. Ahmed Faris telah mencuba beberapa kali untuk melarikan diri dan berjaya melakukannya pada percubaan yang ke-4.





No comments:

Post a Comment