Tuesday, May 19, 2015

HADIS PALSU

Hadis Palsu




"Tuntutlah Ilmu Walau Ke negara China"

Ulasan :
Hadis ini dimasukkan dalam senarai hadis palsu oleh kebanyakkan tokoh hadis dalam buku-buku karangan mereka, antaranya ialah:

Al-Jarrahi dalam kitab Kashf al-Khafa'.
Al-Albani dalam kitab Silsilah Ahadith al-Dha'ifah wa al-Maudhu'ah
Ibn Arraq al-Kanni dalam Kitab Tanzih al-Syari'ah.
Ali al-Qari dalam kitab al-Maudhua'at al-Kabir
Al-Ajluni dalam kitab Kash al-Khafa'
Mereka semua menukilkan kata-kata tokoh sarjana islam , ibn Taimiyah yang menyatakan bahawa hadis ini adalah palsu.

Hadis ini dihukum sebagai hadis palsu kerana kecacatan yang terdapat pada sanadnya. Dalam sanad hadis ini ada seorang pelopor yang bernama Abu Atikah Tharif bin Sulaiman , beliau adalah seorang yang lemah ingatan dan tergolong sebagai salah seorang yang memalsukan hadis.
Hadis palsu ini sering disebut dengan tujuan menggalakkan orang ramai supaya bersungguh-sungguh di dalam menuntut ilmu. Malang sekali ia adalah palsu.


Terdapat juga sebahagian orang yang menggunakan hadis ini dan berhujah bahawa Rasullulah saw menggalakkan kita supaya menuntut ilmu sehingga ke negara China. Ini adalah fahaman yang salah (tidak tepat).

No comments:

Post a Comment