Saturday, March 9, 2013

DILEMA IBU BEKERJA





Menjadi seorang ibu adalah satu tanggungjawab yang besar. Apalagi jika seseorang ibu itu bekerja. Saya adalah salah seorang ibu yang bekerja. Mempunyai 6 orang anak dan kerjaya sepenuh masa, memerlukan saya membahagi-bahagikan masa untuk berada di pejabat dan juga rumah. Walaupun masa kerja saya dari 8 pagi hingga 5 petang tetapi kadang-kala saya terpaksa stay back untuk menghabiskan tugasan. Apalagi jika ada sesuatu perkara yang perlu di beri perhatian di tempat kerja. Tetapi walau bagaimana sibuk saya sekalipun, saya cuba memastikan masa dengan keluarga tetap ada. Memang susah, tetapi ia sesuatu yang mesti dilakukan. Kerana masa yang terhad juga, saya banyak membeli makanan dari luar. Saya cuba sedaya upaya memastikan makanan yang dibeli adalah dari premis yang bersih dan semestinya halal.




Satu lagi yang amat perlu diberi perhatian ialah masa yang kita peruntukkan untuk beribadat dan mengingati Allah. Tidak patut rasanya jika kita hanya sibuk bekerja tetapi kita lupa kepada Allah SWT. Alhamdulillah kerana disamping Suami yang selalu mengingatkan tanggungjawab ini, saya juga mempunyai Tok Guru dan juga Sifu yang sentiasa mengingatkan saya tentang perkara ini. Selain yang wajib, mereka selalu ingatkan saya supaya berzikir. Zikir, memanglah suatu yang nampak ringan tetapi berat timbangan amalnya. Mereka juga selalu memberitahu saya supaya menjadikan zikir satu kemestian dalam hidup saya sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. Selawat juga adalah suatu yang perlu diberi keutamaan. Ia juga adalah salah satu zikir harian yang penting.




Disamping itu saya tetap memberi peluang pada diri saya untuk menikmati hobi saya. Hobi saya ialah berniaga. Tapi tidaklah dapat saya buat secara besar-besaran. Hanya kecil-kecilan. Bagi saya, adalah satu keseronokan jika mendapat untung walau pun seringgit. Kerana mana ada orang yang saja-saja nak bagi kita duit walau seringgit. Saya ada membuat bisnes pakej melancung ke Indonesia dengan kerjasama seorang rakan di sana. Dia mempunyai sebuah syarikat pelancungan yang berpusat di Medan. Operasinya menjangkau hingga ke Jakarta. Pada mulanya, saya hanya buat untuk suka-suka sahaja tetapi ramai pulak yang berminat. Untung yang saya ambik pun tak banyak, hingga rakan saya pernah menegur saya kerana pernah satu kali saya tidak mendapat untung walau seringgit pun malahan rugi lagi ada kerana tersilap membuat perhitungan. Yang paling mencabar ialah pada bulan Februari baru-baru ini. Kerja di pejabat memang terlalu banyak. Memerlukan saya bekerja hingga kadang-kadang 7 hari seminggu. Bertalu-talu panggilan dan sms yang tidak dapat saya jawab dengan segera. Akhirnya banyak pertanyaan dan sms yang tenggelam dalam hp saya. Alhamdulillah kesibukan yang melampau ini akan berakhir pada April ini. Bolehlah saya menumpukan perhatian saya lebih sedikit terhadap bisnes part time saya ini yang juga sebagai hobi. Melakukan ini juga sebenarnya adalah sebagai salah satu cara saya melupakan sebentar tugas di pejabat dan menjadi salah satu penghibur saya.

Syukur saya kepada Allah kerana dengan nikmat kurniaNya dapat saya menjalankan kehidupan seharian, walaupun penat tapi Alhamdulillah masih dapat dilakukan. Hidup memang banyak mehnah dan rintangan tetapi itulah yang akan kita hadapi selama mana kita berada di dunia ini. Kita pasti akan diuji olehNya dalam perjalanan ini.




No comments:

Post a Comment