“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu,
lalu diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan
kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Surah Al-Anfal
10)
Ada kisah menarik daripada sukarelawan Hilal Ahmar Society
Indonesia(Hasi) yang baru sahaja tiba di Syria dan membuat laporan di bangunan
Dewan Dakwah Islamiah Indonesia(DDII) pada hari Selasa (11/12/2012). Abu Yahya,
penyelaras sukarelawan Hasi menceritakan kisah seorang bekas tentera Bashar
Assad yang bertaubat lalu bergabung dengan mujahidin. Kepada bekas tentera itu,
para mujahidin sempat bertanya kenapa para tentera Assad yang berjumlah 1500
orang di Jabal Akhrod tidak berani melakukan serangan terhadap mujahidin Syria
yang hanya berjumlah 150 orang. Dari segi kekuatan (jumlah) dan persenjataan,
mujahidin sangat lemah dari tentera rejim syiah Assad.


Mendengar soalan itu, bekas tentera Bashar Assad ini berasa
hairan dan bertanya. “Siapa kata jumlah mereka sedikit? Kami setiap malam
melihat kamu dengan berpakaian putih bergerak dari satu lembah ke lembah lain
sehingga kami berfikir dulu untuk menyerang, “kata bekas rejim syiah Assad
tersebut.
Kisah yang berlaku di atas bukan terjadi sekali itu. Cerita
lain muncul ketika mujahidin hendak melakukan serangan terhadap konvoi 50 trak
yang dinaiki tentera rejim Bashar Assad. Hingga pada satu tempat berlaku tembak
menembak di antara mujahidin dengan tentera rejim Assad. Oleh kerana mujahidin
memang sudah merancang serangan tersebut menyebabkan tentera Bashar Assad
berundur.
Namun ketika serangan berlaku, tiba-tiba muncul kejadian di
luar jangkaan mereka. Helikopter dan pesawat pejuang datang seperti hendak
menyerang pihak mujahidin. Tentu mujahidin membuat kesimpulan bahawa ini
bantuan dari pihak Bashar Assad untuk menyerang mereka. Kita ketahui bahawa
sehingga kini mujahidin Syria langsung tidak mempunyai kelengkapan perang
seperti pesawat. Mereka bertempur hanya melalut darat dengan persenjataan yang
mundur jika dibandingkan dengan senjata milik rejim Assad.
Mengukur jumlah mujahid dan persenjataan yang terhad,
komando mujahidin mengarahkan untuk segera mengosongkan tempat pertempuran dan
masuk ke gunung-gunung untuk mengatur strategi. Satu keajaiban berlaku, ketika
mujahidin sudah berundur, bunyi tembakan masih terus berlaku.
Muncung dan desingan peluru seperti tidak berhenti walaupun
tidak ada satu mujahidin pun berada di lokasi pertempuran tersebut. Komando
mujahidin bertanya dalam hati, siapakah sebenarnya yang sedang berperang
melawan tentera Bashar Assad. Dia kemudian memeriksa jumlah mujahid yang ada
untuk memastikan jika ada mujahidin yang tertinggal dan melakukan serangan
terhadap tentera Assad. Namun dari perkiraan tersebut seluruh mujahidin sudah
masuk ke dalam gunung.
Hingga matahari terbit dan mereka yakin keadaan telah
selamat, barisan mujahidin turun dari gunung dan terkejutnya apabila mereka
melihat sebahagian tentera Assad telah terbunuh. Sebahagian yang lain mengalami
luka parah akibat pertempuran hebat tersebut. Tentu kejadian ini menjadi seribu
tanya bagi Abu Yahya, sukarelawan Hasi yang menghabiskan masa selama satu bulan
di Desa Salma, daerah Jabal Akhrod, Syria dan mendengar kisah ini langsung dari
mujahidin.
“Siapa pula yang berada di dalam pesawat dan helikopter
untuk melawan tentera Syria?” diam Abu Yahya dengan seribu tanda tanya di depan
para awak media yang juga diliputi kehairanan.
Subhanallah, inilah ayaturrahman yang muncul dalam Jihad di
bumi Syam. Fakta yang menjadi bukti bahawa mujahidin tidak berseorangan. Mereka
bersama Allah untuk berperang menegakkan Islam di Syria dan melawan kezaliman
regim Syiah Nushairiyyah terhadap umat Islam. Semoga ini menjadi khabar baik
bagi kemenangan mujahidin dan tegaknya Islam di Syria. Tentu jika kita
mendengar kisah dari mujahidin, kita akan sangat faham siapakah bala tentera
yang tiba-tiba datang membantu para mujahidin melawan tentera Assad.
“(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu,
lalu diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan
kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut”. (Surah Al-Anfal
10)