Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang
cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu
antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).
Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."
Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak."
Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah
swt dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT
berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan
ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah
kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang
seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai
umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat
dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta
serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar
juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku
lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Dipetik dari : http://nizamullah.blogspot.com
No comments:
Post a Comment