1) Siapakah Bashar Asad yang sebenarnya?
Basyar Assad merupakan anak kepada Hafez Assad yang sangat
dikenali dengan kejam sejak rejim ini memerintah Syria. Sejak kecil Basyar
Assad diajar oleh ayahnya membunuh bayi. Pada tahun 1982, peristiwa yang
berlaku di HAMA hampir 40,000 rakyat Syria mati dibunuh oleh regim Assad.
Selepas itu mereka berterusan melakukan kekejaman terhadap rakyat Syria.
2) Apa hubungan Rejim Syria dengan Iran?
Rejim Syria dan Syiah Iran menjadi sekutu yang kuat sejak
sekian lamanya. Hal ini kerana bagi menjamin Syiah terus berkembang. Ia juga
diketahui umum setelah Khomainie Iran membuat kenyataan terbuka menyokong
Assad. Beberapa insiden ketika rakyat Syria melarikan diri ke Lubnan, Hizbullah
menghalang dan menembak mereka. Tentera Iran pula ditempatkan di
bumbung-bumbung rumah sebagai penembak tepat.
3) Apa hubungan Rusia dan China dengan Assad sehingga mereka
menggunakan VETO menghalang usul bagi memberi tekanan kepada rejim?
Sebenarnya mereka merupakan sekutu lama yang saling memberi
sokongan terutamanya dalam kebijakan faham sosialis dan komunis mereka (tidak
sama tapi hampir serupa terutama dalam menzalimi rakyat). Di samping itu juga,
Rusia adalah pembekal senjata paling banyak ke Syria.
4) Apa pula hubungan ٌRejim
Syria dengan Israel?
Secara zahirnya kita akan melihat mereka bertindak sebagai
anti israel, US, Barat dan memberi ruang dan kesempatan kepada Hamas menentang
Israel. Dakwaan ini meleset ketika ditemukan fakta yang menyatakan bahawa Assad
telah melakukan kesepakatan sulit dengan Israel dalam isu yang berkaitan dengan
Bukit Golan dll.
Assad mendapat imbalan yang besar dari pakatan sulit ini dan
dibantu oleh US. Apakah logik bagi sebuah kerajaan yang punya kekuatan tentera
dan berada bersempadanan dengan Israel termasuk Iran duduk diam terhadap
kekejaman Israel tehadap saudara mereka di Gaza. Manakala menyerahkan Bukit
Golan kepada Israel tanpa ada sebab yang munasabah.
Sumber :
http://hasnulhadiahmad.com/kanak-kanak-di-bunuh-kejam-oleh-rejim-basyar/