Bangkitlah ummah. Jangan tidur lena. Berjuanglah walau dengan apa cara sekalipun. Walau hanya dengan menggunakan setitik tinta. itu lebih bermakna dari hanya duduk berpeluk tubuh. HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID.
Thursday, September 27, 2012
BANGKITLAH UMMAH
Bangkitlah ummah. Jangan tidur lena. Berjuanglah walau dengan apa cara sekalipun. Walau hanya dengan menggunakan setitik tinta. itu lebih bermakna dari hanya duduk berpeluk tubuh. HIDUP MULIA ATAU MATI SYAHID.
Sunday, September 23, 2012
PERIHAL SIRAT MUSTAQIM
Saya mendapat foto dan maklumat ini menerusi satu post yang dikirim di facebook saya. Menarik untuk sama-sama kita kongsi dan semoga kita semua mendapat pengajaran darinya.
Petikan daripada Kitab Mahkamah di Padang
Mahsyar m/s: 146
Perjalanan semua manusia di atas Sirat Mustaqim adalah
berbagai diantaranya ialah :
1) Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
kilat.
2)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti
tiupan angin.
3)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti
burung terbang.
4)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat seperti
kelajuan kuda lumba.
5)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
lelaki perkasa.
6)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat sepantas
binatang peliharaan.
7)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat dalam
tempoh sehari semalam.
8)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama satu
bulan.
9)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama
bertahun-tahun.
10)Ada golongan yang dapat melintasi Titian Sirat selama 25
ribu tahun.
semua kiraan masa adalah mengikut kiraan masa dunia.
DIANTARA TIPS UNTUK MELEPASI TITIAN SYIRAT AL-MUSTAQIM
Dalam sebuah hadith panjang riwayat Imam Muslim daripada Abu
Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud
“Dan diletakkan sebuah jambatan di atas neraka jahannam,
lalu aku dan umatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Rasul-rasul
berdoa pada hari itu : ‘Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.’ Di kanan kirinya ada
pengait-pengait seperti duri pokok Sa’dan. Pernahkah kalian melihat duri pokok
Sa’dan?” Para sahabat menjawab, “pernah, wahai Rasulullah.”
Baginda melanjutkan : “Sesungguhnya pengait itu seperti duri
poko Sa’dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka ramai manusia yang
disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia.”
Suasana pada saat itu pastinya mengerikan. Suara teriakan,
jeritan meminta tolong, tangisan, dan ketakutan terdengar dari pelbagai arah.
Lebih mengerikan suara gemuruh api neraka dari bawah sirat yang siap menelan
orang terjatuh ke dalamnya. Tidak henti-henti Rasulullah s.a.w. dan nabi-nabi
yang lain termasuk juga malaikat berdoa untuk keselamatan manusia,
“Ya ALLAH, selamatkan, selamatkan.”
Setiap muslim wajib menjadikan kepercayaan kepada perkara
ini sebagai aqidahnya. Berkenaan dengan sifat titian ini, Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda mafhumnya : “Ia ialah sebuah jalan yang sangat licin, kaki
sulit sekali berdiri di atasnya.” (Riwayat Imam Muslim daripada Abu Said
Al-Khudri)
Dalam hadith Ahmad daripada Aisyah r.h.a., Rasulullah s.a.w.
menyifatkan bahawa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan
lebih tajam daripada pedang.
Sirat di akhirat ini wujud hasil daripada titian (jalan)
hidup yang kita pilih selama tinggal di dunia. Oleh sebab itu, siapa yang
memilih jalan ALLAH, sambil bepegang teguh dengan syariat Islam, maka sirat di
akhirat ini akan mudah dilalui untuk sampai ke syurga idaman.
Sebaliknya, siapa yang enggan melalui jalan ALLAH ini, lalu
memilih jalan hidup yang bebas daripada aturan halal-haram, maka hari itu sirat
yang akan dilaluinya menjadi sangat sempit dan sukar dilalui. Golongan ini akan
tergelincir dari titian lalu jatuh melayang-layang ke dalam neraka jahannam
selama-lamanya.
Imam Abu Tahir al-Qazwini berkata : Setiap orang yang biasa
berjalan di titian agama, maka ia akan sangat mudah melintasi sirat di akhirat.
Dan sesiapa yang tidak biasa melaluinya, maka ia akan menemui kesulitan
berjalan di atasnya, kakinya akan tergelincir dan ia akan menyesal
selama-lamanya.”
Jadi di sini, disertakan tips dan pantang larat sirat
Rasulullah s.a.w. pernah menyebut beberapa amalan yang dapat
menjamin keselamatan seseorang melintas di atas sirat. Antaranya adalah :
~Banyakkan bersedekah
~Melazimkan diri hadir ke masjid
Sebaliknya, beberapa amalan buruk dapat merencatkan
kelancaran perjalanan seseorang di atas titian sirat. Amalan itu antara lain
ialah :
Membuat tuduhan dusta kepada seorang Mukmin.
Abu Daud meriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhani,
sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :
“Sesiapa yang menjaga seorang Mukmin daripada gangguan
munafik, maka ALLAH akan mengutus seorang malaikat untuk menjaga tubuhnya
daripada api neraka jahannam, dan sesiapa yang membuat tuduhan (dusta) kepada
seorang Mukmin untuk memburukkan namanya, maka ALLAH akan menghentikan
langkahnya di atas sirat hingga ia bersedia melepaskan tuduhan tersebut.”
*Termasuk membuat tuduhan dusta ialah menyokong tuduhan
tersebut dan menyebarkannya dalam kalangan masyarakat untuk merosakkan nama
baik atau reputasi orang yang dituduh. Justeru, berhati-hatilah dalam menapis
tiap berita dan cerita yang kita terima. Lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan
dosa seperti zina dan liwat. Kita memohon agar ALLAH membersihkan umat kita
daripada sikap-sikap yang tidak sihat ini.
SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat Sunat Rawatib
mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari
keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.
عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ
قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ
Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan
solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2
rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat
Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan
Sunat Rawatib.
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى
ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى
اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي
الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ
Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang
sentiasa (berterusan) mengerjakan solat
(sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu 4 rakaat sebelum Zohor dan 2
rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.”
Hadis riwayat Turmizi.
NIAT SOLAT RAWATIB
أصَلِّي
سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak /
Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.
أصَلِّي
سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala
Labels:
Solat Sunat Rawatib
Wednesday, September 5, 2012
UPDATE : PEJUANG SYRIA KUASAI 70% ALEPPO
Ketua kumpulan pejuang Brigade al-Tawhid di Syria, Abdulkader Saleh telah melaporkan bahawa mereka sudah menguasai
70% dari Aleppo dan sedang berjuang bermati-matian untuk mendapatkan kawalan
sebanyak 30% lagi. Pertempuran di Aleppo agak sukar kerana pasukan Pejuang Syria
di bedil bertalu-talu dari udara sedangkan Pasukan Pejuang hanya menggunakan
senjata-senjata ringan.
Setakat ini rejim Assad mempunyai kekuatan seramai 3000
orang di Aleppo dengan berbekalkan senjata-senjata berat serta
kenderaan-kenderaan perang yang hebat dan mereka menentang seramai 7000 orang
pasukan pejuang Syria.
Walaupun rejim Assad mempunyai alat-alat yang canggih tetapi
mereka sepatutnya merasa risau kerana mereka berperang dengan pejuang-pejuang
yang berjuang demi menehgakkan kalimah Allah di muka bumi Syria. Allahu Akbar.
Tuesday, September 4, 2012
WAKTU DILARANG SOLAT
Jika Lewat Solat Subuh
Soalan:
Apakah Status kenyataan ini? bersumberkan hadith yg sahih
ker?
WAKTU YANG DIHARAMKAN BERSOLAT
1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
1. Waktu syuruk iaitu 28mins selepas subuh ketika matahari baru naik ke langit, contoh waktu subuh dari 5.35pg ke 7.05pg 7.05pg + 28mins = 7.33pg. Oleh itu 7.05pg ke 7.33pg ialah waktu syuruk.
Waktu ini adalah haram untuk melakukan sebarang solat kerana tanduk syaitan berada di antara matahari.
Rasulullah s.a.w. mengharamkan solat waktu ini juga kerana
ia menyamai orang yang meyembah matahari. Jika kita terbangun dari tidur pada
pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu
syuruk ini.
2. Waktu zawal / istiwa / rembah iaitu waktu matahari berada
tegak di atas kepala iaitu apabila berdiri tidak kelihatan bayangan kecuali di
bawah kaki kita. Waktu inilah api neraka sedang bergeledak dan syaitan
berkeliaran.
Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.
Waktu ini panjangnya dalam 5 ke 10mins sebelum masuknya waktu zohor.
3. Waktu fadilat /afdal untuk bersolat ialah sepertiga waktu
selepas azan iaitu 20mins selepas azan. Pahala yang besar diberikan pada
orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat
isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam.
Jawapan:
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Sahih daripada Nabi SAW melarang bersembahyang pada 3 waktu,
sebagaimana dalam hadis Uqbah bin Amir al-Juhaniy. iaitu apa yg anda sebut no
(1) dan (2). Manakala no (3), tiada kaitan dgn waktu larangan.
Hadis tersebut ialah:
ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب
ثلاث ساعات كان رسول الله صلى الله عليه و سلم ينهانا أن نصلي فيهن أو أن نقبر فيهن موتانا حين تطلع الشمس بازغة حتى ترتفع وحين يقوم قائم الظهيرة حتى تميل الشمس وحين تضيف الشمس للغروب حتى تغرب
ertinya: Tiga waktu Nabi SAW melarang kami sembahyang dan
mengebumikan mayat padanya;
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.
-ketika terbit matahari, sehingga naik tinggi
-ketika matahari berada di kemuncak pertengahan, sehingga tergelincir
-ketika matahari mula terbenam, sehinggalah ia terbenam.
HR: Muslim (no: 831).
Manakala illah dilarang, disebut dalam hadis Amru bin Abasah
r.a, dalam sahih Muslim (no: 832), ringkasannya ialah;
-waktu terbit matahari: kerana matahari terbit antara dua
tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepada matahari waktu itu.
-waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak.
-waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.
-waktu tengahari: ketika itu api neraka begelegak.
-waktu terbenam matahari: ia terbenam antara dua tanduk syaitan, dan org kafir sujud kepadanya waktu itu.
Berkenaan kenyataan: “Jika kita terbangun dari tidur
pada pukul 7 pagi dan ingin mengqadakan solat subuh, kita harus melepasi waktu
syuruk ini”,
Sebenarnya Qadha’ boleh dilakukan walaupun dalam waktu2 yg
dilarang.
Kerana:
Kerana:
-Nabi memerintahkan qadha’ dilakukan dengan SEGERA,
sebagaimana hadith: “Sesiapa lupa daripada satu sembahyang, hendaklah
bersembahyang APABILA dia teringat”. Muslim (no: 680).
-Larangan solat pada waktu2 itu, ialah solat yg tiada sebab.
Adapun solat bersebab spt qadha’, atau tahiyyat masjid, ia terkecuali.
(Majmuk 4/170).
(Majmuk 4/170).
-Ada hadis menyebut larangan sengaja memilih waktu tersebut,
spt: hadis “Jangan mencari waktu untuk solat pada ketika terbit dan terbenam
matahari”. HR Bukhari (no: 558).
Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.
Orang yg qadha’ solat tidak sengaja memilih waktu larangan.
Berkenaan kenyataannya: “Waktu fadilat /afdal untuk bersolat
ialah sepertiga waktu selepas azan iaitu 20mins selepas azan”;
Setakat ini, masih belum menemui petunjuk Nabi tentang had
masa 1/3 jam (20 minit) antara azan dan iqamah. mungkin diistibat daripada
beberapa hadis yg menyebut secara umum.
Antara yg disebut dalam hadis ialah:
Hadis Jabir: Sabda Nabi SAW: Wahai Bilal, Jadikan antara azan dan iqamah kamu sekadar orang yg sedang makan selesai makannya, org yg minum selesai minumnya, org yg qadha’ hajat selesai qadha’ hajatnya.
Hadis Jabir: Sabda Nabi SAW: Wahai Bilal, Jadikan antara azan dan iqamah kamu sekadar orang yg sedang makan selesai makannya, org yg minum selesai minumnya, org yg qadha’ hajat selesai qadha’ hajatnya.
Manakala kenyataannya: “Pahala yang besar diberikan pada
orang-orang yang menghormati dan tidak melengahkan waktu solat, kecuali solat
isyak, afdalnya ialah sepertiga malam iaitu sesudah azan hingga 10.30malam”,
Zahir quran dan sunnah Nabi yg sahih menggalakkan solat di
awal waktu.
Manakala waktu isya’ jika boleh dilakukan jemaah pada lewat
malam, ia suatu yg baik, kerana sabit Nabi SAW pernah melewatkan solat Isya’
sehingga jemaah di masjid tertidur. Lalu Nabi bersabda: Inilah waktunya
kalaulah tidak menyusahkan umatku. (Muslim no 638).
Tetapi, jika jemaah dilakukan pada awal waktu sebagaimana yg
diamalkan hari ini, maka berjemaah pada awal waktu adalah lebih utama daripada
mencari kelebihan lewat malam.
Wallahu A’lam.
Jawapan asal penulis di Al-Ahkam.Net
Subscribe to:
Posts (Atom)