Sunday, March 31, 2013

MAIXARA C-SENTIAL

Saya merupakan agen untuk produk MAIXARA C-Sential. Sesiapa yang berminat untuk mencuba produk baru ini yang begitu hangat dipasaran, bolehlah menghubungi saya. Bagi yang tinggal jauh, Poslaju adalah percuma. Cuma sms kan nama, alamat dan jumlah yang dikehendaki. Dan saya akan smskan no akaun saya. Selepas bayaran dibuat, InsyaAllah saya akan poskan pada hari yang sama sekiranya bayaran dibuat sebelum pukul 5 petang.




SETIAP TABLET 10,000MG MENGANDUNGI:

1. Vitamin C (1,000mg)

2. Collagen (4,000mg)

3. Glutathione (3,000mg)

4. Ekstrak Strawberry (2,000mg)

 
FAKTA PRODUK:

1. Produk keluaran Bumiputera Islam

2. Halal & Selamat

3. Tidak mengandungi Gelatin

4. Selamat untuk wanita mengandung dan menyusu badan

5. Pengilang berstatus GMP

6. Sesuai untuk lelaki dan wanita

7. Kolagen dari ikan talapia- mereka yang alah kolagen marin/seafood boleh amalkan

8. Terbukti berkesan! InsyaAllah

 
 
 
 
 
10 sebab mengapa Maixara C-Sential menjadi PILIHAN RAMAI

- 2x LEBIH kuantiti dari biasa iatu 60 tablet

- 2x LEBIH kandungan mg dari biasa iaitu 10,000mg

- boleh dimakan oleh lelaki mahupun perempuan

- kesan seawal 2-5 hari sahaja

- tablet boleh dikunyah seperti gula - gula

- Rasa tablet yang sangat sedap

- 1 kotak tahan untuk 2 bulan untuk jimat atau 1 bulan untuk kesan cepat

- boleh dimakan sewaktu datang haid atau ibu sedang menyusu badan

- tiada kesan sampingan kerana 100% adalah daripada ekstrak buah- buahan

- buatan tempatan, Halal dan dijamin selamat!

 

KEISTIMEWAAN MAIXARA C-SENTIAL:

- Berkesan mencerahkan kulit wajah dan badan secara sekata, licin, gebu dan berseri.

- Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik2 hitam, memudarkan jeragat dan lingkaran gelap di bawah mata.

- Merawat penyakit kulit seperti bisul, ekzema, dermatitis, juga batuk serta demam selesema.

- Membasmi bakteria jerawat dan merawat parut.

- Anti penuaan dan antioksidan yang tinggi.

- Membantu mengurangkan masalah sinus/resdung dan alahan.

- Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, fungsi kelenjar adrenal, dan juga mengekalkan kesihatan gusi & gigi.

- Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.




 
 

 






Tuesday, March 12, 2013

SOLAT SUNAT




Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap).

Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Tidak." Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.




Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."


Dipetik dari : http://nizamullah.blogspot.com

Saturday, March 9, 2013

DILEMA IBU BEKERJA





Menjadi seorang ibu adalah satu tanggungjawab yang besar. Apalagi jika seseorang ibu itu bekerja. Saya adalah salah seorang ibu yang bekerja. Mempunyai 6 orang anak dan kerjaya sepenuh masa, memerlukan saya membahagi-bahagikan masa untuk berada di pejabat dan juga rumah. Walaupun masa kerja saya dari 8 pagi hingga 5 petang tetapi kadang-kala saya terpaksa stay back untuk menghabiskan tugasan. Apalagi jika ada sesuatu perkara yang perlu di beri perhatian di tempat kerja. Tetapi walau bagaimana sibuk saya sekalipun, saya cuba memastikan masa dengan keluarga tetap ada. Memang susah, tetapi ia sesuatu yang mesti dilakukan. Kerana masa yang terhad juga, saya banyak membeli makanan dari luar. Saya cuba sedaya upaya memastikan makanan yang dibeli adalah dari premis yang bersih dan semestinya halal.




Satu lagi yang amat perlu diberi perhatian ialah masa yang kita peruntukkan untuk beribadat dan mengingati Allah. Tidak patut rasanya jika kita hanya sibuk bekerja tetapi kita lupa kepada Allah SWT. Alhamdulillah kerana disamping Suami yang selalu mengingatkan tanggungjawab ini, saya juga mempunyai Tok Guru dan juga Sifu yang sentiasa mengingatkan saya tentang perkara ini. Selain yang wajib, mereka selalu ingatkan saya supaya berzikir. Zikir, memanglah suatu yang nampak ringan tetapi berat timbangan amalnya. Mereka juga selalu memberitahu saya supaya menjadikan zikir satu kemestian dalam hidup saya sebagai tanda syukur kepada Allah SWT. Selawat juga adalah suatu yang perlu diberi keutamaan. Ia juga adalah salah satu zikir harian yang penting.




Disamping itu saya tetap memberi peluang pada diri saya untuk menikmati hobi saya. Hobi saya ialah berniaga. Tapi tidaklah dapat saya buat secara besar-besaran. Hanya kecil-kecilan. Bagi saya, adalah satu keseronokan jika mendapat untung walau pun seringgit. Kerana mana ada orang yang saja-saja nak bagi kita duit walau seringgit. Saya ada membuat bisnes pakej melancung ke Indonesia dengan kerjasama seorang rakan di sana. Dia mempunyai sebuah syarikat pelancungan yang berpusat di Medan. Operasinya menjangkau hingga ke Jakarta. Pada mulanya, saya hanya buat untuk suka-suka sahaja tetapi ramai pulak yang berminat. Untung yang saya ambik pun tak banyak, hingga rakan saya pernah menegur saya kerana pernah satu kali saya tidak mendapat untung walau seringgit pun malahan rugi lagi ada kerana tersilap membuat perhitungan. Yang paling mencabar ialah pada bulan Februari baru-baru ini. Kerja di pejabat memang terlalu banyak. Memerlukan saya bekerja hingga kadang-kadang 7 hari seminggu. Bertalu-talu panggilan dan sms yang tidak dapat saya jawab dengan segera. Akhirnya banyak pertanyaan dan sms yang tenggelam dalam hp saya. Alhamdulillah kesibukan yang melampau ini akan berakhir pada April ini. Bolehlah saya menumpukan perhatian saya lebih sedikit terhadap bisnes part time saya ini yang juga sebagai hobi. Melakukan ini juga sebenarnya adalah sebagai salah satu cara saya melupakan sebentar tugas di pejabat dan menjadi salah satu penghibur saya.

Syukur saya kepada Allah kerana dengan nikmat kurniaNya dapat saya menjalankan kehidupan seharian, walaupun penat tapi Alhamdulillah masih dapat dilakukan. Hidup memang banyak mehnah dan rintangan tetapi itulah yang akan kita hadapi selama mana kita berada di dunia ini. Kita pasti akan diuji olehNya dalam perjalanan ini.




PAKEJ PELANCUNGAN KE INDONESIA

Jemput melawat http://www.facebook.com/Pakej.Medan bagi tuan puan yang mencari pakej ke Indonesia