Sunday, December 19, 2010

Demam Denggi

Kelmarin sekali lagi kakitangan dari Kementerian Kesihatan datang ke kawasan perumahan kami untuk melakukan fogging kerana ada orang kena denggi. Rasanya dah dua kali tahun ni aje. Walaupun kawasan Kulim Hi-Tech tidak dilanda wabak demam denggi yang serius, tetapi kita tidak boleh ambil ringan tentang masalah ini. Mari kita sama-sama baca apa kata Tn Hj Ismail Ahmad (PU HPA) tentang demam denggi.


Demam denggi 1

Baca berita hari ini tentang demam denggi yang semakin meningkat terutamanya di Johor. Rasa terpanggil untuk menyampaikan sesuatu yang sangat berharga terutamanya kepada ahli ahli HPA.Demam denggi menyebabkan pesakit merasa panas yang sangat tinggi,platelet rendah,badan lemah ,seram sejuk,sakit kepala,sakit dalam mata,sakit belakang,sakit kaki ,tekanan darah rendah,muka menjadi merah dan sakit sakit sendi. Rawatan segera mestilah dilakukan dengan membawa pesakit ke hospital.

Tidak ada ubat untuk menghentikan virus ini tetapi pesakit hanya diberikan ubat tahan sakit sahaja. Pesakit juga dibantu dengan memasukan air dalam tubuh dan rehat.Perubatan Jawi semenjak dari dahulu lagi percaya bahawa ada ubat khas untuk denggi ini tetapi masih belum diakui oleh perubatan alopaty kerana tiada data data klinikal.Apapun tidak salah dengan mengambil beberapa jenis ulam ulaman penyakit ini mudah dirawati. Paling lama hanya tidak lebih dari 3 hari dan paling cepat sehari semalam sudah menampakan peningkatan platlet darah.Ini bukan ubat ubatan tetapi ulam ulaman kampung sahaja.insyaAllah.

Bagi mereka yang ingin mencuba dan membuktikan keberkesanan ulam ulaman untuk masalah denggi boleh menghubungi dengan sms,nyatakan nama,alamat penghantaran,no phone untuk dihubungi. Pehak kami akan menghantar dengan kadar segera. SMS no ini: 0124059717.


Demam denggi 2

Demam Denggi berdarah merupakan penyakit virus yang di sebarkan oleh nyamuk Aedes.Dalam pengubatan Jawi kaedah pengubatan yang digunakan ialah Teh herba yang pekat(kental) iaitu satu jar air panas dengan 10 sachet teh herba HPA.

Minum selang sejam sedikit demi sedikit sehingga habis satu jar air dalam masa 24 jam.InsyaAllah akan pulih dalam tempoh yang segera.Selain daripada itu saya sering juga memberikan kapsul radix yang dibuka 3x3 dan saya yakin suatu hari nanti pengubatan kita akan menjadi pilihan utama untuk perawatan ini.Amin.

Friday, December 17, 2010

Bukan Feng Shui

Mempercayai feng shui termasuk dalam persoalan aqidah apabila aliran udara itu dikaitkan dengan rezeki, ruh naga dan sebagainya. Hari ini orang mula membicarakan pula tentang sains feng shui . Apapun sesuatu dasar kepercayaan yang tidak berdiri diatas dasar tauhid pasti akan menyebabkan tergelincirnya aqidah.

Mukabumi yang diciptakan Tuhan tidak sama,berbukit dan juga lembah. Begitu juga dengan kandungan udara pada sesuatu tempat juga berbeza akibat dari kedudukan tinggi rendah tanah dan tekanan yang berbeza. Kadangkala apabila kita tinggal disuatu tempat dan menyebabkan badan tidak sehat, sewajarnya kita mencari kawasan yang lebih selesa penafasannya. Bagaimana menentukan tempat ini? Cara menentukannya ialah dengan melihat dan merasakan keselesaan tubuh apabila bangun di waktu pagi. Jika oksigen mencukupi, tubuh akan merasa ringan dan cergas, kepala tidak berat dan tidak rasa tekanan pada bahagian otak.

Jika kita bangun tidur dalam keadaan letih dan terasa ingin tidur semula menandakan kerehatan tubuh tidak sempurna di waktu malam. Ini disebabkan oleh kualiti oksigen yang tidak mencukupi.Biasanya keadaan ini juga berlaku di kawasan pergunungan atau daerah yang berbukit bukit. Akibatnya mudah berlaku ketumbuhan terutamanya di kelenjar dan boleh menyebabkan kanser. Jangan percaya pada feng sui tetapi percayalah kepada deria tubuh anda yang mengerti perubahan tempat ini. Rumah- rumah orang Islam sepatutnya jangan sunyi dari bacaan surah Al Baqarah. Maksud hadis "Bacalah oleh kalian surah al Baqarah, kerana sesungguhnya barangsiapa yang membacanya akan mendapat barakah, dan barangsiapa yang meninggalkannya akan merugi. Dan para tukang sihir tidak boleh menyampaikan maksud jahatnya" (Hadis riwayat Muslim)

Dipetik dari Jawimedherb

Sunday, December 5, 2010

Garam Bukit Halalgel Berasal Dari Himalaya




Pengarah Urusan Halagel Sdn Bhd En Mohamad Yakob Munshi Deen menerima cenderahati dari Presiden KPA selepas membentangkan kertas kerja mengenai Gelatin Halal dan Kelebihan Garam Bukit Halagel yang dipasarkan oleh HPA di Menara HPAic pada 7 Nov 2010.

Garam Bukit HPA (Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai "Raja Garam atau emas putih" kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

Garam bukit Hpa mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan kita. Sebaliknya garam biasa (dari laut) selepas proses pembersihan hanya mengandunginatrium klorida dan bahan tambahan (bahan awet).

Garam bukit Hpa dihasilkan secara semulajadi selama jutaan tahun dapat membebaskan tenaga didalam badan kita dan dapat menyeimbangkan kadar metabolisma tubuh. Sedangkan garam laut yang melalui proses kimia bukan dihasilkan secara semulajadi akan bertindak sebagai racun dimana tubuh sendiri cuba menyingkirkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk menyingkirkan garam laut yang kaya dengan Natrium Klorida terutama pada organ penyingkiran seperti ginjal.

Sekiranya kandungan Natrium Klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku dimana badan akan menggunakan proten lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urid, asid urik akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus kedalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi (arthritis) atau Ghout.
Oleh itu selamatkanlah diri dan keluarga anda dengan menggunakan garam bukit HPA yang semulajadi tanpa bahan tambahan dan pewarna.

Gunakanlah Garam Bukit HPA! Lebih berkhasiat, lebih tulen dan lebih bersih..

Cuma RM2 sepeket dan dapat o.25 Nilai Mata kepada pengedar HPA.

Dapatkan segera di semua cawangan Hpa yang berhampiran atau melalui mana-mana stokis.